Skip to main content

Hiburan

Nabila Huda Kongsi Impian 2026, Harap Dapat Watak ‘Power’ & Skrip Padu - “Dah Lama Tak Buat Drama TV...”

ffvdfv

Sekilas

  • Pelakon Nabila Huda berkongsi hasrat untuk aktif dalam filem, teater, dan drama bersiri pada tahun 2026.
  • Antara impiannya adalah mendapatkan watak terbaik dengan skrip yang kuat serta menghasilkan program travelogue walaupun berat hati meninggalkan kucing kesayangan.
  • Nabila juga memberi bayangan untuk kembali berlakon dalam drama episod selepas lama tidak muncul di televisyen.

Pelakon Nabila Huda berkongsi harapan dan perancangan peribadinya untuk tahun 2026. 

Menerusi perkongsian di platform Threads, Nabila atau mesra disapa Abil meluahkan hasrat untuk aktif dalam pelbagai cabang seni termasuk filem, teater dan drama bersiri.

Menurutnya, antara impian utama tahun ini adalah untuk memperoleh karakter terbaik dengan skrip yang kuat, khususnya bagi karya layar perak.

“Tahun ini nak manifest dapat karakter best dengan skrip yang power untuk filem. Lepas itu nak buat teater semula. Tak kisahlah produksi kecil atau besar,” tulisnya.

Selain itu, pelakon berusia 40 tahun itu turut menyatakan keinginan menghasilkan sebuah program ‘travelogue’, namun mengakui sedikit berat hati untuk meninggalkan kucing yang tersayang.

“Nak buat travelogue juga, cuma rasa susah sikit sebab nak tinggal cinta hati saya, Yukiboi. Dia sangat clingy,” katanya berseloroh.

Dalam pada itu, Nabila turut memberi bayangan untuk kembali menerima tawaran drama bersiri selepas sekian lama tidak muncul dalam naskhah televisyen.

“Rasa tahun ini boleh ambil drama episod. Dah lama tak buat drama TV. Harap dapat semua yang dimanifestasikan,” ujarnya.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement