Skip to main content

Hiburan

Nahas Helikopter: Suami Dedah Dr Ainul Sempat Telefon Sebelum Berlepas - “Beberapa Jam Kemudian…”

Nahas Helikopter: Suami Dedah Dr Ainul Sempat Telefon Sebelum Berlepas - “Beberapa Jam Kemudian…”

Sekilas

  • Suami Dr Ainul Baraah Kamaruddin menerima berita sedih tentang kematian isterinya dalam nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak, beberapa jam selepas isteri menghubunginya sebelum berlepas bertugas.
  • Dr Ainul sering menaiki helikopter untuk memberikan perkhidmatan perubatan di kawasan pedalaman dan nahas berlaku walaupun penerbangan sehari sebelum itu terpaksa dibatalkan kerana jerebu.
  • Helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang STOLport, dengan semua mangsa disahkan terkorban oleh pihak berkuasa.
Advertisement

Suami kepada salah seorang mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak iaitu Dr Ainul Baraah Kamaruddin tidak menyangka panggilan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) beberapa jam selepas isterinya berlepas membawa berita paling menyedihkan.

Menurut Muhammad Faiz Abdul Malik, isterinya sempat menghubunginya sebelum menaiki helikopter untuk ke kawasan pedalaman bagi menjalankan tugas memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk setempat.

Advertisement

“Sebelum berlepas, isteri hubungi beritahu dia akan menaiki helikopter ke kawasan pedalaman. Beberapa jam kemudian saya dihubungi Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan isteri terbabit dalam nahas helikopter dan meninggal dunia,” katanya.

Menurut Muhammad Faiz, sehari sebelum kejadian, isterinya menaiki helikopter untuk ke kawasan pedalaman namun berpatah semula kerana keadaan jerebu yang tidak mengizinkan.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari isteri akan menaiki helikopter untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk di kawasan pedalaman.

“Saya hilang kata-kata apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa isteri dan sehingga kini saya tidak mampu membaca berita mengenai kejadian yang berlaku.

“Ini ujian berat untuk kami sekeluarga dan sehingga kini saya bersama keluarga ditempatkan di sebuah hotel di Miri. Kami juga akan dimaklumkan perkembangan terbaru dari semasa ke semasa.

“Saya juga tidak akan dibawa ke lokasi kejadian memandangkan perlu menggunakan helikopter untuk ke sana,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz berharap segala urusan membabitkan isterinya serta mangsa lain dipermudahkan, selain memohon agar keluarganya diberikan kekuatan untuk melalui detik sukar berkenaan.

Pada Selasa, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang Short Takeoff and Landing Port (STOLport), Sarawak.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima notifikasi mengenai nahas berkenaan daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang.

Selain Dr Ainul Baraah, mangsa lain yang dikenal pasti ialah Kapten Zainol Afiq, PPP Alexson Adit, SN Debra Moset dan SN Jessie Paya.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement