Skip to main content

Hiburan

Nak Tarik Diri Daripada Anugerah Television? Elly Mazlien Bukan ‘Sentap’ Cuma….

Elly Mazlien

Pengacara dan penyampai radio, Elly Mazlien nafi membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai sebarang program anugerah televisyen kerana tersinggung dengan komen-komen netizen. 

Jelas Elly atau nama sebenarnya,Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia sudah lama berniat untuk tidak menyertai mana-mana anugerah namun menghormati keputusan beberapa pihak yang tidak mahu dia berbuat sedemikian.

“Sebenarnya, kalau diikutkan, sejak daripada tahun lepas lagi saya sudah mahu buat keputusan ini. Saya pernah menyuarakan tapi ada pihak yang mintak untuk saya tidak berbuat sedemikian. 

 

“Pada tahun ini, saya nekad untuk mengundurkan diri daripada sebarang pertandingan anugerah. Saya lebih memilih untuk menjadi pemenang di hati peminat. Saya harap semua pihak dapat menghormati keputusan saya ini. 

“Saya kini sudah pun meningkat usia. Bukan muda lagi. Macam terlalu kebudak-budakkan pula untuk saya berkecil hati dengan kata-kata daripada individu tersebut. Takkanlah disebabkan komen ‘Berkempen ke?’ saya nak koyak. 

“Macam sedih sangat pula hidup saya ini. Saya memang tidak berkecil hati. Bagus juga bila perkara ini berlaku. Walaupun saya sudah buat pengumuman di radio Era, setidaknya netizen akan lebih tahu mengenai keputusan saya ini,” katanya.

Memetik laporan Media Hiburan, Elly turut menyatakan dia mahu memberi peluang kepada selebriti lain untuk merasai pengalaman memenangi anugerah. 

“Saya sangat bersyukur kerana sudah merasa nikmat menang. Nikmat apa lagi yang nak saya dustakan. Allah beri saya rezeki dalam bermacam-macam bentuk. Mungkin ada orang yang memerlukan anugerah dan mungkin juga ada orang yang sudah faham maksud kepuasan yang pernah saya kecapi ini.

Advertisement

“Walaupun baru menang satu anugerah sahaja tapi ia sudah cukup memberikan kepuasan kepada saya. Mungkin ada daripada kalangan artis-artis baharu yang menerlukan anugerah ini untuk pencapaian diri sendiri,” tambahnya. 


Dalam pada itu, Elly berharap agar semua pihak terutama peminat dapat menerima dan menghormati keputusannya itu.


Terdahulu, Elly tampil membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada menyertai sebarang bentuk program anugerah di televisyen.


Keputusan Elly itu dibuat menerusi hantaran di Instagram bagi membalas komen seorang individu yang mengatakan lawatannya ke perkampungan Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan baru-baru ini adalah bertujuan untuk berkempen bersempena Anugerah Bintang Popular ke-30.

Must-Watch Video

Advertisement