Skip to main content

Viral

"Nampaknya Kenyataan Saya Timbulkan Kemarahan Ramai, Saya Salah Pilih Perkataan 'Menggeletis'" - Chef Zam Mohon Maaf

Astro Gempak chef zam

Sekilas

  • Chef Zam memohon maaf selepas kenyataannya di Threads mencetuskan kemarahan netizen kerana salah pilih perkataan.
  • Beliau menjelaskan istilah 'menggelitis' sepatutnya 'bergegas/tergesa-gesa' dan kenyataan tentang 'masak untuk katering' hanyalah gurauan.
  • Netizen memberi pelbagai reaksi mempertahankan hak pekerja yang diberi kelonggaran pulang awal sepanjang Ramadan.

Personaliti kulinari terkenal, Chef Zam tampil memohon maaf selepas kenyataannya sebelum ini mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan orang ramai.

Menerusi perkongsian di Threads, Chef Zam mengakui kekhilafannya dalam memilih perkataan sehingga menimbulkan salah faham dan kemarahan netizen.

“Assalamualaikum wbt. Nampaknya kenyataan saya semalam telah menimbulkan kemarahan ramai. Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya tersilap pilih perkataan.

"‘Menggelitis’ yang saya taipkan itu sepatutnya ‘bergegas/tergesa-gesa’. Bab ‘masak untuk katering’ tu saya maksudkan sebagai berjenaka. Tidak terlintas dihati saya utk memperkecilkan kepayahan anda semua berkejar pulang utk persiapan yang pelbagai.

"Saya mohon ampun & maaf diatas segala kekhilafan saya menyebabkan kemarahan anda semua," tulisnya.

Dalam kenyataan tersebut, Chef Zam menjelaskan bahawa istilah yang digunakan bukan bertujuan meremehkan mana mana pihak, sebaliknya hanya kesilapan dalam pemilihan kata.

Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan mengenai “masak untuk katering” hanyalah gurauan dan tidak berniat untuk memperkecilkan usaha sesiapa.

Terdahulu, Chef Zam memuat naik hantaran di Threads dengan ayat berbunyi; "Waktu berbuka 7.29pm. Yang ko menggeletis nak balik dari tempat kerja 4.30pm tu apasal pulak? Nak memasak utk catering business ke?."

Susulan kenyataan itu, netizen tampil dengan pelbagak reaksi dengan memberikan pandangan balas mempertahankan hak pekerja yang diberi kelonggaran oleh majikan untuk pulang lebih awal sepanjang Ramadan.

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY 30CM Maifan Stone Casserole Induction Double Flavor Divider Hot Pot Steamboat Bowl Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY 30CM Maifan Stone Casserole Induction Double Flavor Divider Hot Pot Steamboat Bowl Pan Cookware PERIUK

Organicule Turmeric Powder [100g] | 6% Curcumin | Anti-Inflammatory | Authentic | Sourced from India

Organicule Turmeric Powder [100g] | 6% Curcumin | Anti-Inflammatory | Authentic | Sourced from India

DESSINI ITALY iNM-28 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (28cm)

DESSINI ITALY iNM-28 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (28cm)

LAOGUANJIA Pipe Cleaner for Sink Basin Drain Pipe at Toilet Kitchen Penghapus Sumbat Tersumbat管道疏通剂

LAOGUANJIA Pipe Cleaner for Sink Basin Drain Pipe at Toilet Kitchen Penghapus Sumbat Tersumbat管道疏通剂

The Pink Stuff The Ultimate Cleaning Bundle for Kitchen 3-in-1

The Pink Stuff The Ultimate Cleaning Bundle for Kitchen 3-in-1

Advertisement