Skip to main content

Hiburan

Natasha Hudson Selamat Sambut Kelahiran Cahaya Mata Kelima - "Baby Boy Pertama Selepas…"

Natasha Hudson

Sekilas

  • Natasha Hudson selamat melahirkan anak lelaki kelimanya pada jam 1.15 petang Sabtu dengan berat 3.2kg.
  • Ini adalah anak lelaki pertama Natasha selepas dikurniakan empat anak perempuan sebelum ini.
  • Proses kelahiran berjalan lancar dan Natasha berkongsi rasa syukur serta menerima ucapan tahniah daripada netizen.
Advertisement

Tahniah buat pelakon, Natasha Hudson yang selamat melahirkan cahaya mata kelimanya pada jam 1.15 petang Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Natasha menerusi satu hantaran di Instagram (IG).

Advertisement

Menerusi perkongsian yang dibuat, Natasha menganggap kelahiran cahaya mata lelaki itu sangat bermakna buatnya selepas dikurniakan empat anak perempuan sebelum ini.

“Alhamdulillah… Hari ini pada jam 1.15 petang, kami menyambut kelahiran bayi lelaki pertama kami ke dunia dengan berat 3.2kg.

“Selepas empat cahaya mata perempuan, kehadirannya membawa makna yang sangat besar buat kami,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Natasha meluahkan rasa syukur apabila proses melahirkan dipermudah serta berjalan dengan lancar.

“Proses melahirkan juga berjalan dengan sangat lancar. Saya rasa bersyukur atas pengalaman ini.

“Satu rahmat yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, hadiah terindah daripada Allah buat keluarga kami,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Natasha atas kelahiran kelimanya itu.

Untuk rekod, Natasha dan Jay Jasmin sah bergelar suami isteri pada 28 Mac 2022 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Kaia.


Menerusi perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki tiga anak perempuan iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.

Sumber: Instagram Natasha Hudson

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement