Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Natasha Hudson Tak Kisah Bergelar ‘Mat Salleh Celup’, Kini Urus Studio Seramik Di Langkawi - “Pulau Ini Sentiasa Rasa Seperti…”

Natasha Hudson Tak Kisah Bergelar ‘Mat Salleh Celup’, Kini Urus Studio Seramik Di Langkawi - “Pulau Ini Sentiasa Rasa Seperti…”

Sekilas

  • Natasha Hudson kini lebih tenang dan gembira tinggal di Pulau Langkawi yang mempunyai nilai sentimental kerana ibunya pernah membesar di sana.
  • Dia sedang menimba ilmu dan mengusahakan studio tembikar kecil bernama The Ginger Vessel di kampung Langkawi.
  • Natasha mengajak pengunjung Langkawi untuk singgah ke studionya, mencuba aktiviti tembikar dan berkongsi pengalaman dalam suasana santai.
Advertisement

Pelakon, Natasha Hudson mengakui dirinya kini lebih tenang dan gembira berada di Pulau Langkawi.

Berkongsi kisah kehidupannya di kampung, Natasha menyifatkan Langkawi mempunyai nilai sentimental buat dirinya kerana ibunya pernah menghabiskan sebahagian zaman remajanya di pulau tersebut.

Advertisement

Disebabkan itu juga Natasha menganggap pulau indah itu sebagai sebahagian tempat tinggalnya.

“Saya tidak dilahirkan di Langkawi, tetapi entah mengapa, pulau ini sentiasa terasa seperti rumah.

“Ibu saya pernah menghabiskan sebahagian zaman remajanya di sini dan lama-kelamaan, Langkawi menjadi sebahagian daripada kisah hidup saya.

Advertisement

“Hari ini, saya bangga untuk menganggap pulau kecil di Kedah ini sebagai rumah saya,” coretnya.

Jelas Natasha lagi, dia kini masih dalam proses menimba ilmu untuk merealisasikan impian serta mengusahakan sebuah studio tembikar kecil di kawasan kampung.

“Saya bukan di sini untuk ‘claim’ apa-apa. Saya hanyalah seorang penuntut ilmu yang terus belajar sepanjang perjalanan hidup, membina impian dan mengusahakan sebuah studio tembikar kecil di kampung.

“Jadi, saya rasa anda secara rasminya boleh memanggil saya ‘Mat Salleh Celup’ kampung girl,” tulisnya.

Menariknya, Natasha turut mengusahakan sebuah studio tembikar kecil dikenali sebagai The Ginger Vessel yang terletak di Langkawi.

Menerusi perniagaan tersebut, Natasha juga tidak ketinggalan mengajak orang ramai yang berkunjung ke pulau berkenaan untuk singgah, mencuba aktiviti menghasilkan tembikar serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam suasana santai.

“Saya seorang rakyat Malaysia menjalani kehidupan kampung di sebuah pulau yang indah, mengotorkan tangan dengan tanah liat dan mempelajari sesuatu yang baharu setiap hari.

“Jika anda berkunjung ke Langkawi, jemputlah singgah ke @thegingervessel! Saya berbesar hati untuk bertemu anda, berkongsi sedikit ilmu, menghasilkan tembikar bersama-sama dan bersembang santai seperti kebiasaan masyarakat kampung.

“Ilmu itu kuasa, tetapi kekal merendah diri untuk terus belajar? Itulah keindahan yang sebenar. Jumpa anda di kampung!” kongsinya.

Sumber: Threads @natashahudsonofficial

 

Anda mungkin berminat dengan

Women's Metallic Button Batwing Short Sleeve Denim Blouse - Perfect for Summer

Women's Metallic Button Batwing Short Sleeve Denim Blouse - Perfect for Summer

KATUN RUFFLE RIBBON SKIRT 01 | Ribbon Skirt | Simple, Long, and Trendy Cotton Women's Skirt

KATUN RUFFLE RIBBON SKIRT 01 | Ribbon Skirt | Simple, Long, and Trendy Cotton Women's Skirt

DaDuHey Women's New Retro Wide Leg High Waist Loose Straight-Leg Pants Mop Trousers

DaDuHey Women's New Retro Wide Leg High Waist Loose Straight-Leg Pants Mop Trousers

HAPPY2U Kasut Wanita Axel Cross Jute Sandals

HAPPY2U Kasut Wanita Axel Cross Jute Sandals

Sport Bra Yoga daily bra quick-drying sports bra running fitness seamless back buckle 2021

Sport Bra Yoga daily bra quick-drying sports bra running fitness seamless back buckle 2021

Local Stock!! Beauty Back Bra Push Up Women Thin Section Small Chest Gathering Simple No Steel Ring Underwear

Local Stock!! Beauty Back Bra Push Up Women Thin Section Small Chest Gathering Simple No Steel Ring Underwear

Must Watch Video

Advertisement