Skip to main content

Selebriti

Netizen Dakwa Kostum Duyung Nampak Murah, Maya Karin Jawab - “Kita Mahu Ceriakan Warna Laut, Seimbang Dengan Ikan, Batu Karang & Elemen Lain”

Maya Karin duyung

Sekilas

  • Maya Karin berkongsi bahawa kostum untuk filem Duyung: Lagenda Aurora dipilih berdasarkan keselesaan dan pendekatan praktikal semasa penggambaran.
  • Filem ini menampilkan warna laut yang lebih ceria dan seimbang dengan elemen seperti ikan dan batu karang, serta keistimewaan duyung yang boleh berjalan di bumi dan berenang.
  • Duyung: Lagenda Aurora akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Disember 2025 dengan barisan pelakon popular seperti Maya Karin dan Anna Jobling.

Pelakon, Maya Karin berkongsi pemilihan kostum untuk filem Duyung: Lagenda Aurora yang bakal ditayangkan nanti dibuat berdasarkan keselesaan semasa penggambaran.

Menurut Maya, perkara itu turut dibincangkan bersama penerbit dan mereka memilih pendekatan yang lebih praktikal.

"Sebenarnya, untuk filem Duyung yang lalu ia mempunyai warna yang lebih natural. Kostumnya juga sangat berat dan sukar untuk dipakai.

"Tapi untuk kali ini, penerbit dan pihak produksi mencuba sedaya upaya memudahkan semua orang, bukan sahaja para pelakon tetapi juga kru di sekeliling.

"Dalam filem ini, kami mahu menceriakan dan meningkatkan lagi warna-warna laut supaya lebih seimbang dengan ikan-ikan, batu karang dan elemen lain,” ujarnya.

Tambah Maya lagi, filem itu juga bakal menampilkan keistimewaan baharu yang dikatakan memberi nafas segar kepada cerita.

"Keistimewaan dalam filem ini ialah duyung mempunyai kuasa mereka sendiri iaitu boleh berjalan di bumi yang nyata dan juga berenang, itulah kelainannya.

Sebelum ini, segelintir netizen mempertikai kostum duyung yang dipakai pelakon filem itu, mendakwa ia kelihatan murah selepas trailer ditayangkan.

Malah, netizen turut membandingkannya dengan filem duyung terdahulu yang dikatakan lebih realistik dan menarik.

Duyung: Legenda Aurora bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Disember 2025.

Filem itu menampilkan barisan pelakon seperti Anna Jobling, Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement