Sekilas
- Seorang individu dikecam netizen selepas memberi komen membandingkan fizikal Najwa Latif dengan selebriti lain selepas bersalin di Threads.
- Komen tersebut dianggap tidak wajar kerana menghakimi bentuk badan wanita selepas bersalin dan menimbulkan rasa kurang senang ramai pengguna media sosial.
- Netizen menegaskan setiap wanita mempunyai perjalanan postpartum yang berbeza dan mengingatkan supaya tidak menggunakan badan seseorang sebagai ukuran untuk menjatuhkan orang lain.
Seorang individu menerima kecaman hebat daripada netizen selepas mengeluarkan komen mengenai fizikal penyanyi, Najwa Latif.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan memberikan pandangan mengenai penampilan wanita selepas bersalin dan membandingkan fizikal Najwa dengan selebriti lain.
“Woman to woman, lepas beranak jaga la badan , kalau x jadi size keeper, tengok macam datin intan najwa steady je even beranak banyak mana pun masih slim 😅
“Aku even belum kahwin pun tau nak jaga badan sendiri,” kata individu tersebut pada hantaran berkenaan. 
Kenyataan berkenaan, bagaimanapun mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan komen mengenai bentuk badan seseorang itu tidak wajar dijadikan bahan perbandingan.
Rata-rata pengguna Threads turut mempersoalkan keperluan untuk memberikan komen sedemikian terhadap fizikal orang lain, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan perubahan tubuh badan selepas bersalin.
“Jom pergi cuci otak.
“Kau langsung tak respect wanita even kau wanita.
“Saya sebagai wanita benci baca content-content macam ni ya. Makin lama memang agak keterlaluan cara nak buat affiliate ni. Carilah cara yang berkat🙏🏻
“Ya Allah, gemukkanlah orang yang post ni, sempitkan rezeki dia sebab cari rezeki dengan cara menghina orang lain. Aminnn
“Kau kawen dulu,nanti aku datang balik.
“Woman to woman, picking another woman’s name just to downgrade another woman’s body is not it. Every woman’s body and postpartum journey is different. You can compliment Datin Intan Najwa without using her body as a standard to shame someone else’s,” komen netizen.