Skip to main content

Hiburan

Netizen Minta Cikgu Haris Dikenakan SISPAA, Menteri Pendidikan Turut Beri Respons!

Netizen Minta Cikgu Haris Dikenakan SISPAA, Menteri Pendidikan Turut Beri Respons!

Sekilas

  • Drama Astro 'Suamiku Anak Mak' mendapat perhatian ramai dengan watak Mak Leha dan Cikgu Haris yang mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
  • Netizen ada yang mencadangkan tindakan terhadap watak Cikgu Haris melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), menarik perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Drama ini mengisahkan konflik rumah tangga dan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria serta platform penstriman sooka dan Astro GO.
Advertisement

Kehangatan drama terbitan Astro, Suamiku Anak Mak, bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton di kaca televisyen, malah turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.

Dua watak yang paling mencuri perhatian ialah Mak Leha, lakonan Dian P. Ramlee dan Cikgu Haris yang dibawakan oleh Keith Foo.

Advertisement

Kedua-dua watak berkenaan dilihat berjaya mengundang rasa geram dan tidak puas hati penonton sehingga ruangan komen media sosial dibanjiri pelbagai luahan emosi serta kritikan terhadap tindakan dan sikap mereka dalam drama tersebut.

Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila ada netizen yang bertindak lebih jauh dengan mencadangkan agar watak Cikgu Haris dikenakan tindakan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Untuk rekod, SISPAA merupakan saluran rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang membolehkan orang ramai mengemukakan aduan berkaitan isu pendidikan, termasuk masalah di sekolah, salah laku, kelewatan tindakan serta ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan di bawah kementerian berkenaan.

Advertisement

Menariknya, cadangan netizen itu turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang dilihat membalas hantaran berkenaan.

Menerusi responsnya, beliau menulis:

“Saya ingat isu serius sampai dah suruh pegawai saya cari maklumat 🙂‍↔️ rupanya," tulisnya. 

Respons spontan tersebut ternyata mencuri perhatian dan menambahkan lagi kemeriahan perbualan dalam talian, sekali gus memperlihatkan bagaimana watak fiksyen dalam sesebuah drama mampu mencetuskan reaksi penonton sehingga terbawa-bawa ke dunia sebenar.

Nampaknya, lakonan Keith Foo sebagai Cikgu Haris dan Dian P. Ramlee sebagai Mak Leha benar-benar berjaya membuatkan penonton ‘naik darah’!

Untuk rekod, Suamiku Anak Mak dibintangi Emma Maembong sebagai Zaraa, Keith Foo sebagai Haris, Dian P. Ramlee sebagai Mak Leha dan Izzue Islam sebagai Ashraf.

Drama ini mengangkat konflik rumah tangga yang tercetus akibat campur tangan keluarga serta dilema seorang suami dalam mengimbangi tanggungjawab terhadap ibu dan isteri.

Suamiku Anak Mak bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (Saluran 104). Penonton juga boleh mengikuti drama ini menerusi platform penstriman sooka dan Astro GO.

Apa yang pasti, drama ini terus menjadi antara karya yang hangat diperkatakan di media sosial. Persoalannya, mampukah Cikgu Haris dan Mak Leha terus menguji kesabaran penonton dalam episod-episod seterusnya?

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement