Sekilas
- Sebuah masjid di Denai Alam, Shah Alam tular di TikTok kerana memaparkan jumlah kutipan derma mingguan secara digital sepanjang Julai 2026.
- Masjid tersebut berjaya mengumpul sebanyak RM119,176.59 dalam sebulan, dengan kutipan mingguan hampir RM30,000 dan rekod tertinggi RM42,000.
- Pengguna media sosial memuji ketelusan pihak pengurusan masjid yang memaparkan jumlah derma secara terbuka kepada orang ramai.
Di TikTok, tular satu video memaparkan jumlah kutipan derma mingguan bagi sebuah masjid yang terletak di Denai Alam, Shah Alam yang telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik @arinShootingBrake itu, dapat dilihat papan digital masjid berkenaan yang menunjukkan jumlah kutipan derma direkodkan bagi setiap minggu sepanjang Julai 2026.
Berdasarkan paparan tersebut, dapat dilihat masjid tersebut berjaya merekodkan kutipan sebanyak RM119,176.59 bagi bulan Julai.
Lebih mengagumkan apabila, kutipan derma di masjid berkenaan didakwa mencecah hampir RM30,000 setiap minggu, malah pernah merekodkan kutipan sebanyak RM42,000 dalam tempoh seminggu.
“Setiap minggu kutipan hampir
rm30,000. Paling banyak pernah tengok rm42,000 kutipan derma seminggu.
“Terbaik masjid ni display jumlah kutipan derma,” kongsinya.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang memuji ketelusan pihak pengurusan masjid kerana telah memaparkan jumlah kutipan derma secara terbuka.
Sumber: TikTok