Skip to main content

Hiburan

Netizen Puji Khairul Aming Sediakan Menu ‘Real Food’ Buat Kanak-Kanak - “Good Job KA…”

Khairul Aming

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming bakal melakar satu lagi pencapaian baharu apabila mengumumkan pembukaan restoran pertamanya, Rembayung yang dijadualkan beroperasi secara rasmi pada 6 Januari ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, nama Rembayung mula menjadi topik hangat perbualan netizen di media sosial.

Terbaharu, netizen memuji langkah Rembayung yang menyediakan menu kanak-kanak berasaskan makanan sebenar (real food) berbeza dengan kebiasaan kebanyakan kafe atau restoran yang hanya menawarkan nugget dan kentang goreng sebagai hidangan untuk golongan cilik.

“Bagus Rembayung sediakan real food untuk menu kanak-kanak. Ini merata cafe or kedai makan kids menu dia mesti nugget/fries. Rasanya dah boleh kot normalise real food for kid’s menu.

“Good job KA ! Moga business maju, rezeki yang berkat, berjaya dunia akhirat,” tulis seorang individu di Threads.  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dan berterima kasih kepada Khairul Aming kerana mewujudkan 

“Saya pon teruja nampak menu kids dia real food. Sedih tau nak makan luar menu kids fries, nuggets. Selalu terpaksa order mee sup sbb boleh kongsi dgn anak, tapi kita nya nak makan nasi goreng cili api. rasa besar pengorbanan betul.  

“Kadang serba salah tau nak makan luar, mak ayah makan sedap2 anak makan fries/nugget je.

“Kannn. Itu yg saya nampak dulu. Benda palingggg bagus bagi kita ibu bapa ni. Ini tidak, asal kids menu je jajan n fast food. Halahh. Haha

“Kan rasa macamni baru betul bagus utk kids slalu kalau kids meal merepek2 semua process food. Semoga another restoran cuba utk normalise this kind of kids meal,” tulis netizen. 

Must-Watch Video

Advertisement