Skip to main content

Selebriti

Netizen Terhibur, Ozlynn Kongsi Kisah Lucu ‘Typo’ Mesej Dengan Mak Mentua - “Trauma Nak Taip Sila Lah Mak”

Ozlynn lucu typo

Sekilas

  • Ozlyn Wati berkongsi kisah lucu tersalah taip perkataan 'sila ketika membalas mesej ibu mentuanya.
  • Ibu mentua Ozlyn hanya ketawa dan tidak ambil hati.
  • Netizen turut terhibur dengan cerita Ozlyn dan berkongsi pengalaman typo yang sama.
Advertisement

Isteri kepada pelakon dan pelawak, Johan iaitu Ozlyn Wati berkongsi kisah lucu tersalah huruf ketika menaip memberikan mesej kepada ibu mentuanya.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ozlynn berkata perkara itu berlaku disebabkan dia ingin menaip perkataan ‘sila’ sebagai balasan kepada pertanyaan ibu mentuanya yang ingin berkunjung ke rumahhya.

Advertisement

“Saya pernah typo dekat mak mentua. MIL: I nak pakai kereta you nanti boleh? Aku: Si** lah mak (masa ni zaman kau typo tak boleh edit. Lepas tu mak mentua saya hantar gambar menangis dan gelak).

“Saya macam tak perasan lagi, saya siap tanya mak okay ke tak. Lepas tu mak mentua saya balas, ‘hahahahaha you marah i ke, cuba baca apa you taip,” kongsinya.

Bagaimana pun kata Ozlynn, ibu mentuanya hanya ketawa dan menganggap perkara itu lucu selain tidak mengambil hati dengan kesalahan tersebut.

Advertisement

“Saya baca terus saya call, mak mentua jawab dengan gelak yang suara sekejap hilang sekejap ada.

“I reply you gelak sampai keluar air mata i”, lepas tu saya jawab, ‘yang si** fon ni mak bukan you’, trauma nak taip ‘sila’ lah mak,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata netizen juga terhibur dengan kisah Ozlynn dan turut berkongsi pengalaman yang serupa.

Sumber: Threads @jozlynnhanania

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Must Watch Video

Advertisement