Tular di media sosial beberapa hantaran yang memaparkan tangkap layar dipercayai mesej perbualan antara ibu mentua dan suami kepada pempengaruh, Cik Bunga iaitu Bengah.
Menerusi hantaran yang dikongsikan semula oleh netizen di platform Threads, Cik Bunga atau nama sebenarnya Nur Mahfuzah Zulkifli dapat dilihat ibu mentuanya sibuk masuk campur dalam urusan keluarga mereka berdua.
Advertisement
Mesej itu mendesak suaminya supaya segera pulang ke rumah dan mengkritik sikap mereka yang dikatakan suka menghabiskan masa di dalam bilik.
“Bila aku reda duduk sekali dengan keluarga dia apa saja depa buat aku pendam aku diam sorang sorang.
“Kau yang buat aku hampir gila dan hilang kesabaran.
“Ini ke bukti kau kata keluarga aku suka masuk campur urusan rumah tangga kita? Keluarga aku tak pernah tahu pun apa keluarga kau buat dekat aku sebab aku telan semua ni sorang sorang!,” luahnya.



Disebabkan hantaran itu, netizen meluahkan rasa geram dengan sikap ibu mentua Cik Bunga.
Malah ada yang mendakwa dan melabelkan ibu mentua Cik Bunga itu sebagai toksik.
Apa yang lebih membuatkan netizen berang adalah suami Cik Bunga itu dikatakan tidak menyebelahi isterinya.
“Tak padan dengan tua maknya pun, ayat menyakitkan hati ehh. Kalau aku dah lama blah kalau dapat spesis mulut jahat macam ni.
“Kesian wui cik bunga pendam selama ni, ada laki pun tak guna tak backup isteri.
“Mentua kalau anak dah masuk alam perkahwinan tak payah masuk campur urusan rumah tangga anak, sekadar bagi nasihat. Ini kan sampai dalam kain anak menantu nak masuk,” luah netizen.
