Skip to main content

Hiburan

New Boyz Kembali ‘Meraung’ Di Singapura Selepas Dua Tahun

New Boyz Kembali ‘Meraung’ Di Singapura Selepas Dua Tahun

Sekilas

  • Kumpulan New Boyz akan mengadakan konsert 'New Boyz Meraung – Live in Singapore' pada 5 Disember 2026 di The Star Theatre, Singapura selepas dua tahun berehat.
  • Konsert ini dinamakan sempena lagu popular mereka, 'Meraung', yang masih relevan dan menjadi simbol nostalgia serta pengenalan kepada generasi baru peminat.
  • Tiket dijual dalam beberapa kategori bermula dari SGD99, dengan tiket VIP menawarkan akses eksklusif termasuk sesi bertemu anggota kumpulan dan barangan rasmi.
Advertisement

Kumpulan New Boyz bakal kembali menggegarkan pentas menerusi Konsert New Boyz Meraung – Live in Singapore yang dijadualkan berlangsung di The Star Theatre, Singapura pada 5 Disember depan.

Konsert anjuran MSN Entertainment itu menandakan kemunculan semula kumpulan yang dianggotai Tomok selaku vokalis, Jay dan Afiez (gitar), Zack (bes) serta Along dan Ristoe (dram) selepas dua tahun tidak mengadakan persembahan.

Menurut pihak penganjur, pemilihan nama Meraung diambil daripada salah satu lagu popular New Boyz menerusi album Akur yang diterbitkan pada 2000 dan masih mempunyai nilai sentimental buat peminat sehingga hari ini.

“Sengaja konsert ini diberi nama New Boyz Meraung – Live in Singapore sempena mengenang momen yang sangat signifikan dengan kugiran ini sendiri.

“Meraung adalah lagu yang cukup hit dari album Akur dan kini selepas 26 tahun, ia masih relevan serta dekat dengan peminat lama, selain boleh menjadi salam perkenalan kepada generasi baharu,” kata wakil MSN Entertainment, Aynn.

Dalam masa sama, Tomok menyifatkan Singapura sebagai lokasi yang cukup dekat dengan perjalanan seni New Boyz sejak awal kemunculan kumpulan berkenaan.

“Selepas dua tahun kami tidak mengadakan persembahan, New Boyz memilih untuk memulakan konsert di Singapura sebagai apresiasi kepada peminat di sini yang tidak pernah putus menyokong perjalanan seni kami.

“Singapura adalah negara yang paling kerap New Boyz singgahi pada zaman awal kemunculan dan kali ini kami mahu kembali bukan sahaja untuk membangkitkan nostalgia tetapi merayakan kesetiaan semua peminat,” katanya.

Tambah Tomok, mereka juga berharap dapat menarik kehadiran peminat dari Brunei, Indonesia dan Malaysia untuk sama-sama meraikan konsert tersebut.

Selain lagu Meraung, New Boyz turut bakal membawakan pelbagai lagu popular lain yang pernah mencorakkan perjalanan muzik kumpulan itu sepanjang lebih dua dekad dalam industri.

Tiket konsert ditawarkan dalam beberapa kategori bermula SGD99 bagi Silver, Gold (SGD149), Platinum (SGD159), Diamond (SGD169) dan VIP (SGD259).

dvf



Pemegang tiket VIP turut menerima akses sesi bertemu dan beramah mesra bersama anggota New Boyz selain pas VIP eksklusif, lanyard, poster serta beg tote.

New Boyz Meraung – Live in Singapore akan berlangsung pada 5 Disember 2026, pukul 8 malam di The Star Theatre, Singapura.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement