Skip to main content

Hiburan

Nia Ramadhani Minta Berita Bohong Dihentikan, Nafi Bakal Cerai

Nia Ramadhani
Advertisement

Nia Ramadhani akhirnya bersuara selepas isu kononnya dia ingin memfailkan perceraian terhadap suami, Ardi Bakrie menjadi bualan sejak minggu lalu.

Khabar Nia mahu bercerai dengan Ardi dikaitkan dengan dakwaan yang ditulis seorang pengguna media sosial. Usahawan tersebut dikatakan berlaku curang.

Advertisement

Tidak mahu khabar tersebut terus menjadi bahan berita bohong, Nia tampil memberi penjelasan.

“Berhubung gosip perceraian yang beredar oleh pihak yang tidak bertanggung jawab, kami ingin klarifikasi bahawa hal itu TIDAK BENAR," tulis Nia pada kapsyen foto mesra dengan Ardi di Instagramnya.

Tidak hanya menjelaskan gosip tersebut sebagai fitnah, Nia juga meminta agar khalayak berhenti bercakap tentang isu itu demi kesejahteraan anak-anaknya.

“Kami mendesak semua orang untuk menahan diri dari menyebarkan KEBOHONGAN, kerana sudah mulai mempengaruhi keluarga kami, terutama anak-anak kami," ungkapnya lagi.

Nia dan Ardi berkahwin sejak tahun 2010 dan dikurniai tiga orang anak.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement