Skip to main content

Hiburan

Nia Ramdhani Menangis, Anak Lelaki Terpilih Sertai Akademi Bola Sepak Barcelona & Arsenal

Baru berusia 9 tahun, anak bongsu yang diberi nama Magika Zalardi Bakrie itu telah membanggakan Nia dan suami apabila berjaya terpilih menyertai program pembangunan bola sepak anjuran Barcelona Academy dan Arsenal Academy.

Sekilas

  • Anak bongsu Nia Ramadhani, Magika Zalardi Bakrie, berusia 9 tahun telah terpilih menyertai program pembangunan bola sepak anjuran Barcelona Academy dan Arsenal Academy.
  • Nia dan suami, Ardi Bakrie, berkongsi momen penuh emosi ketika menghantar Magika menjalani sesi pemilihan dan memberikan sokongan di tepi padang.
  • Selain bola sepak, Magika juga aktif dalam sukan lain seperti tinju dan menerima surat jemputan rasmi daripada Arsenal Academy.
Advertisement

Selebriti terkenal Indonesia, Nia Ramadhani diketahui memiliki tiga orang anak hasil perkahwinan bersama Ardi Bakrie. Mereka memiliki seorang anak perempuan dan dua lelaki.

Baru berusia 9 tahun, anak bongsu yang diberi nama Magika Zalardi Bakrie itu telah membanggakan Nia dan suami apabila berjaya terpilih menyertai program pembangunan bola sepak anjuran Barcelona Academy dan Arsenal Academy.

Advertisement

Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, Nia memuat naik momen penuh emosi ketika menghantar Magika menyertai sesi pemilihan Barca Academy.

Pada detik istimewa itu, Nia turut ditemani Ardi yang sama-sama memberikan sokongan kepada anak mereka dari tepi padang.

"Tahniah, Ade. Kamu terpilih. Dalam Barca Academy, hanya beberapa orang akan dipilih untuk mengikuti latihan di Barcelona dan Magika adalah salah seorang daripadanya," kata Nia dalam video tersebut seperti dilaporkan Kompas. 

Video berkenaan turut memaparkan pasangan itu setia menemani Magika yang menjalani latihan bersama peserta lain, selain tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.

Lebih membanggakan, Magika bukan sahaja terpilih mengikuti kem latihan di Barcelona, malah turut menerima tawaran menyertai Arsenal Academy.

Nia mengakui dia terus menitiskan air mata sebaik membaca e-mel yang memaklumkan berita gembira tersebut.

"Saya baru bangun tidur, baca e-mel terus menangis. Daripada ribuan peserta, kamu yang terpilih," katanya sambil menunjukkan surat jemputan rasmi daripada Arsenal Academy.

Selain bola sepak, Magika diketahui memang aktif dalam bidang sukan. Dia sebelum ini pernah menyertai pertandingan tinju.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement