Kakak kepada penyanyi Dafi, Nina Ismail Sabri berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan anak lelaki keduanya pada 1 Oktober lalu.
Berita tersebut dikongsi Nina menerusi satu hantaran di platform Threads berserta beberapa keping foto bayinya yang diberi nama Heizo Nika Hafiz.
Advertisement
“Assalamualaikum from Heizo Nika Hafiz. Born on October 1, 2025. Weighing 3.33 kg.
"Heizo: Foundation of peace, Nika: Victorious, Hafiz: Protector
“Alhamdulillah for this precious gift. You complete us, Heizo,” tulisnya.
Menariknya, Nina turut berseloroh apabila wajah anak lelakinya itu dikatakan mewarisi raut wajah bapanya dan kakaknya.
“Dia duduk elok sembilan bulan dalam perut mommy, tapi bila keluar muka abah dan kakak je,” katanya berserta emoji ketawa.
Sebelum ini, Nina yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pernah mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, namun bercerai pada Ogos 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, kini berusia enam tahun.
Sumber: Threads