Skip to main content

Selebriti

Noh Salleh Komen MV Sang Penikam, Dedah Bakal Duet Dengan Aina Abdul Lagi - “Kalau Asyik Nak Puaskan Hati Orang, Tak Gerak”

Noh Salleh Komen MV Sang Penikam, Dedah Bakal Duet Dengan Aina Abdul Lagi - “Kalau Asyik Nak Puaskan Hati Orang, Tak Gerak”

Sekilas

  • Noh Salleh tidak ambil peduli kritikan terhadap MV lagu terbaharu, Sang Penikam, dan anggap ia karya kreatif yang tidak perlu dihujani negatif.
  • MV tersebut adalah visual impian Noh yang direalisasikan bersama pengarah muda, menggambarkan hasil kolaborasi istimewa dengan Aina Abdul.
  • Noh bakal merakam lagu baharu bersama Aina yang dianggap kesinambungan kepada lagu Sang Penikam.
Advertisement

Penyanyi, Noh Salleh tidak terlalu mengambil peduli tentang pandangan segelintir pihak yang meluahkan rasa kurang senang terhadap muzik video (MV) terbaharu lagu Sang Penikam yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

Menurut Noh, menganggap penghasilan MV tersebut sebagai satu bentuk karya kreatif yang tidak sepatutnya dihujani dengan tanggapan negatif.

Advertisement

“Biarlah apa orang nak cakap, seni kami adalah untuk kami bukan untuk puaskan hati semua orang. Kalau asyik nak puaskan hati orang, tak gerak.

“Terserah pada orang nak cakap apa pun,” tegasnya.

Noh berkata demikian ketika ditemui dalam sesi temu bual bagi memperkenalkan program terbaharu, Borneo Rising, yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil, pada Selasa.

Berkongsi mengenai MV tersebut, Noh berkata lagu yang turut menampilkan kolaborasi bersama penyanyi, Aina Abdul ibarat mimpi menjadi realiti.

“MV itu adalah visual bayangan saya sebelum menulis lagu. Saya dan pengarah betul betul duduk, berbincang bagaimana kita nak mengindahkan outcome sebuah lagu yang sangat istimewa ini untuk diabadikan dalam format muzik video.

“Jadi untuk pengarah muda mengambil cabaran untuk menghasilkan mv dan rialisasikan impian serta imaginasi saya sebelum lagu Sang Penikam itu, bagi saya gila.

“Di mata orang mungkin nampak out of the box, tetapi di mata saya itu adalah impian menjadi realiti,” kongsinya.

Dalam pada itu, Noh juga turut mendedahkan dia sekali lagi bakal merakamkan lagu baharu bersama Aina tidak lama lagi.

“Maaf Aina saya kena kantoikan sebab saya terlalu teruja. Minggu hadapan kita rekod lagu baharu.

“Apa yang saya nampak pada lagu itu, dia seolah-olah kesinambungan kepada Sang Penikam,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement