Skip to main content

Hiburan

Nubhan Faham Perasaan Pembantu Rumah Menangis Jaga Mak Jenny - “Maafkan Mak Tau”

Nubhan

Sekilas

  • Nubhan berkongsi momen menyentuh hati di TikTok ketika menenangkan pembantu rumahnya yang keletihan menjaga ibunya yang uzur dan mengalami masalah ingatan.
  • Beliau mengakui menjaga ibu bapa sakit bukan tugas mudah dan memahami perasaan mereka yang sedang melalui situasi sama, sambil memberi kata semangat dan memohon maaf jika ada kekurangan.
  • Video tersebut mendapat perhatian ramai yang memuji kesabaran pembantu rumah dan mendoakan agar urusan Nubhan dan keluarganya dipermudah.
Advertisement

Penyanyi, Nubhan mencuri perhatian apabila berkongsi momen menyentuh hati bersama pembantu rumahnya menerusi satu perkongsian di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik, Nubhan dilihat cuba menenangkan pembantu rumahnya yang keletihan dipercayai selepas menjaga ibunya, Mak Jenny yang kini semakin uzur dan mengalami masalah ingatan.

Advertisement

Ujar Nubhan, dia mengakui adalah bukan satu tugas yang mudah untuk menjaga ibu bapa yang sedang sakit kerana memerlukan kekuatan fizikal dan emosi yang tinggi.

“Kasihan pembantu rumah yang menjaga mak ini. Mak bila tak sihat memang dia agak emosi dan banyak ragam sikit.

“Betullah orang cakap, bukan mudah nak jaga orang tua yang sakit ni.

“Ada masa, kita kuat. Ada masa, kita penat. Dan ada masa, kita cuma mampu menangis je. Bukan sebab tak ikhlas, bukan sebab tak sayang, tapi kita juga manusia. Ada batas tenaga dan emosi,” tulisnya.

Tambah pelantun lagu Ada Untukmu ini, dia juga memahami perasaan sesiapa sahaja yang ketika ini sedang menjaga ibu bapa mereka yang sedang uzur.

“Saya cuba memahami perasaan pembantu rumah ini dan juga untuk semua yang sedang menjaga mak ayah, yang tidur tak cukup, yang penat fizikal dan mental, yang kadang-kadang hampir hilang sabar.

“Semoga Allah kuatkan hati kita sebab mungkin orang lain tak nampak pengorbanan tu, tapi Allah nampak setiap satunya.

“Hari ini mungkin terasa berat, tapi mudah-mudahan setiap lelah tu menjadi jalan untuk kita menuju syurga,” katanya.

Menerusi video yang sama, Nubhan yang memberikan kata-kata semangat turut menzahirkan kata maaf kepada pembantu rumahnya jika terdapat sebarang kekurangan dari pihaknya.

“Tapi macam itulah maid, dia pun dah tua, dia pun dah tak ingat apa.

“Kami tengok kamu punya kerja keras. Kasihan, menjaga mak tu berat. Tapi maafkan mak tau. Maafkan mak. Orang tua itu,” ujar Nubhan.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak melihat video tersebut.

Mereka juga memuji kesabaran pembantu rumah tersebut serta mendoakan segala urusan Nubhan dan keluarga dipermudah.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement