Skip to main content

Hiburan

Odda Tampil Dengan Single Pertama ‘Gelanggang Rasa’, Gembira Dapat Banggakan Keluarga - “Tadi Pun Mama Menangis Sikit”

Odda

Sekilas

  • Odda, penyanyi baru dan bekas peserta Talk To My Manager, melancarkan single solo pertamanya berjudul Gelanggang Rasa yang mendapat sambutan hangat.
  • Single ini menggabungkan elemen pop kontemporari dan R&B, dihasilkan oleh Micu Ellis dan Mingaling dengan lirik oleh Micu Ellis dan Aril Armani.
  • Odda kini di bawah naungan Siti Nurhaliza Legacy dan berharap lagu ini menjadi permulaan yang baik untuk kerjaya muziknya sambil menyentuh hati pendengar.
Advertisement

Penyanyi meningkat naik, Auddra Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Odda meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk tampil dengan single solo pertama akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut alumni program Talk To My Manager (TTMM) itu, dia mengakui berasa sangat gembira malah percaya telah berjaya membuatkan keluarganya berbangga dengan pilihannya untuk menceburi dalam bidang seni.

Advertisement

“Saya sangat terharu. Rasanya, saya memang dah lama mengimpikan perkara ini. Dari dulu lagi saya selalu fikir, macam mana kalau saya keluarkan single sendiri?’ Tapi tiba-tiba jadi.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dan bangga dengan diri sendiri. Saya juga tahu keluarga saya turut bangga dengan saya. Tadi pun mama menangis sedikit.

“Tak tahulah sama ada dia menangis sebab mengantuk ataupun sebab terharu dengan saya. Apa pun, saya tahu mereka bangga dengan saya, dan saya juga bangga dengan segala usaha keras yang sudah saya berikan. Insya-Allah, saya akan terus memberikan yang terbaik,” katanya kepada Gempak.

Odda berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan video muzik Gelanggang Rasa yang berlangsung di Ideas Kuala Lumpur, pada Selasa.

Lebih membanggakan, Odda kini merupakan artis di bawah naungan Siti Nurhaliza Legacy (SNL).

Berkongsi mengenai single pertamanya itu, Odda yang merupakan anak kepada pengacara dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah mengakui terus jatuh hati sebaik sahaja mendengar demo lagu berkenaan.

“Apabila kali pertama mendengar demo Gelanggang Rasa, saya tahu ini adalah jiwa saya.

“Lagu ini menceritakan mengenai bagaimana kita semua berjuang dengan perasaan sendiri dalam menempuh fasa kehidupan.

“Sebagai pertaruhan single solo pertama, saya meletakkan sepenuh hati dan jiwa dalam proses rakaman. Saya berharap lagu ini dapat menjadi titik permulaan yang baik untuk saya menapak lebih jauh dalam industri muzik, sekaligus menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya,” katanya.

Menampilkan gabungan irama pop kontemporari dan elemen R&B, Gelanggang Rasa merupakan hasil ciptaan Micu Ellis dan Mingaling, manakala lirik ditulis oleh Micu Ellis bersama Aril Armani.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement