Sekilas
- Ojen Aiwahhh menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada ibunya yang sudah lama mengidamkan kereta mewah itu.
- Ibunya menangis terharu melihat impian tersebut menjadi kenyataan selepas banyak berkorban untuk membesarkan Ojen.
- Ojen berjanji akan sentiasa menemani dan menjaga ibunya yang kini sedang menjalani rawatan.
Pempengaruh dan personaliti media sosial, Ojen Aiwahhh berkongsi momen menyentuh hati ketika menghadiahkan sebuah kereta jenama mewah iaitu Mercedes-Benz kepada ibunya.
Menurut Ojen, ibunya sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki kereta tersebut dan tahun ini adalah yang paling istimewa buat dirinya kerana berjaya menunaikan hasrat buat figura kesayangannya itu.
“Tahun lepas mulut mama asyik sebut "Mama dah lama ada impian tertunda nak pakai kereta merc, kalau ada rezeki lebih belikan untuk mama ya
“Tahun ini Along tunaikan ma, Allah SWT tu maha baik, Dia bagi anak mama rezeki tahun ni bersebab.
“Alhamdulillah, tahun ini jugak Allah uji family kita, nak tengok betapa redha dan kuat nya kita menempuh segala ujian.
“Insya-Allah we will get through this together mama ku sayang,” kongsinya.
Tambah Ojen lagi, detik paling menyentuh hati berlaku apabila ibunya menangis sebaik melihat kereta idaman kini menjadi miliknya.
“Hari ini jatuh air mata seorang ibu, melihat kereta idaman nya kini menjadi miliknya. Mama bukan tak ada duit tapi duit dia habis sekolahkan Ojen.
“Hari ini adalah hari istimewa, mama tersenyum lebar dalam tangisan (nanti ojen share video reaction mama) tadah tangan dan doa untuk Ojen,” kongsinya.
Dalam pada itu, Ojen juga turut berjanji untuk sentiasa menemani ibunya yang juga merupakan pesakit kanser untuk menjalani rawatan serta menjaga makan minumnya.
“Tu je yang Ojen nak, doa seorang mak. Terima kasih ya Allah kerana masih lagi bagi ojen peluang berharga, mama masih ada walaupun mama tak sesihat dulu.
“I know you can do it mama. Kita sama sama hadap okay. Along , Adik, Abang , Kakak semua ada. Apa mama makan itu yang along akan makan.
“Takkan lebih. Mama pegi buat rawatan along akan teman ya ma. Janji. Doakan mama terus ya korang Mama rajin baca comment nanti mama akan baca satu satu hehe.
“Doakan mama kat ruangan komen ya. Mama is now a #CFighter,” coretnya.