Skip to main content

Hiburan

“Okay Je Ni…” - Noreen Iman 

Astrogempak NOREEN IMAN

Sekilas

  • Noreen Iman sedang menjalani prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai bersama suaminya, Raizi Razak, yang mengejutkan ramai pihak.
  • Noreen memberi respon tenang terhadap reaksi netizen dan menerima doa serta sokongan daripada peminat di media sosial.
  • Pasangan ini berkahwin sejak 2011 dan mempunyai dua anak, namun sebelum ini mereka jarang berkongsi gambar bersama di media sosial.
Advertisement

Seorang individu meluahkan rasa terkejut selepas tersebar berita mengenai pelakon dan personaliti media sosial, Noreen Iman yang difahamkan sedang menjalani prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai bersama suaminya, Raizi Razak pada Rabu.

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut seolah-olah tidak percaya perkara itu berlaku kepada pasangan tersebut. 

Advertisement

“Weyhh korang kenapa dengan Noreen Iman??? Like how dohhh???” tulisnya.

Bagaimanapun, Noreen tampil membalas hantaran itu secara ringkas dan tenang.

“Okay je ni. Nape seru mcm tu. Terkejut kita tibehhh,” balas Noreen ringkas. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar segala urusan Noreen dan keluarganya dipermudahkan, selain berharap yang terbaik buat mereka.  

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Norreen dan suami bergolak kerana tidak lagi berkongsi gambar dan kandungan bersama di media sosial.

Pada Ogos tahun lalu, Norreen mengakui hubungan mereka masih baik, cuma memilih untuk tidak berkongsi foto atau kandungan berkaitan suami dan keluarganya seperti selalu.

Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement