Skip to main content

Hiburan

Pakai ‘Boxer’ Dalam Filem, Aedy Ashraf Hanya Mahu Tunjuk Realiti Sebenar - “Kami Cuba buat Kerja Untuk…”

Aedy Ashraf

Pelakon, Aedy Ashraf memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang melihatnya menayang badan dan mengenakan pakaian dalam (boxer) dalam filem terbaharunya, Klepet.

Menurut Aedy atau nama lengakapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 32 pemilihan kostum itu dilakukan demi menampilkan realiti sebenar kehidupan harian khususnya dalam situasi kasual di rumah.

“Bagi saya dalam filem kami cuba sebaik mungkin untuk tonjolkan realiti sebenar. Saya di luar berseluar pendek dan di rumah bersama kawan lelaki memang buka baju. Itu apa saya cuba cerminkan untuk gambarkan realiti untuk audiens.

“Andai kata ada yang kurang senang dan pedih mata, saya minta maaf awal-awal sebab kami cuba buat kerja untuk jadikan filem nampak ‘real’. Tiada niat lain,”katanya.

Dalam pada itu, pelakon Kahar: Kapla High Council itu mengakui dia turut bimbang mengenai tahap sensitiviti babak tertentu terutama yang melibatkan bahasa kasar.

Bagaimanapun, Aedy yakin sepenuhnya dengan peranan Lembaga Penapis Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam menilai dan meluluskan setiap adegan.

“Saya takut juga tapi saya percaya perfileman kita ada tapisan daripada LPF dan Finas.

"Mereka lebih mahir dan handal, tahu apa yang mereka tapis. Masa penggambaran kita rasa tak patut cakap macam tu, tapi pendekatan pengarah biar kami buat apa saja mereka akan uruskan dalam proses suntingan," tambahnya.

Selain Aedy, Klepet turut dibintangi pelakon Nadhir Nasar, Meerqeen, Joey Daud, Aeril Zafrel, dan Eric Fuzi.

Filem Klepet bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 27 November. 

Must-Watch Video

Advertisement