Skip to main content

Hiburan

“Panggil Muaz Zabir Ke, Brad Pitt Ke, Saya Okey” – Qireen Din

“Panggil Muaz Zabir Ke, Brad Pitt Ke, Saya Okey” – Qireen Din

Sekilas

  • Qireen Din sering dibandingkan dengan pelakon Muaz Zabir kerana wajah mereka yang dikatakan serupa, namun dia percaya orang boleh bezakan mereka bila lihat dengan dekat.
  • Qireen tidak ambil hati dengan perbandingan itu dan anggap ia positif kerana mereka sama-sama dalam industri seni.
  • Qireen berazam serius dalam bidang lakonan dan akan dedahkan projek baru yang istimewa pada Oktober nanti.
Advertisement

Model dan pelakon Qireen Din mengakui sering menerima komen daripada netizen yang menyifatkan wajahnya mempunyai persamaan dengan pelakon Muaz Zabir sehingga ada yang keliru antara mereka.

Menurut Qireen, dia sendiri sudah pernah bertemu Muaz dan tidak menafikan mungkin terdapat sedikit persamaan, namun percaya orang ramai dapat membezakan mereka apabila melihat secara dekat.

Advertisement

“Banyak orang cakap muka saya macam Muaz Zabir. Saya dah pernah jumpa dia.

“Kalau kami berjumpa mungkin ada persamaan, tapi bila tengok betul-betul orang akan nampak perbezaannya,” katanya.

Tidak mengambil hati dengan perbandingan tersebut, Qireen berkata orang ramai bebas memberikan pandangan malah menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang positif memandangkan mereka sama-sama berada dalam industri seni.

Advertisement

“Itu terpulang kepada mereka sebab masing-masing ada hak nak cakap muka sama atau apa. Benda baik, kami pun sama-sama dalam industri.

“Saya okey saja. Panggil Muaz Zabir ke, Brad Pitt ke, okey saja,” selorohnya.

Dalam masa sama, Qireen yang sebelum ini lebih dikenali sebagai model menegaskan mahu memberikan komitmen serius terhadap bidang lakonan dan sudah menetapkan sasaran tersendiri dalam kerjaya baharunya.

“Macam mana saya buat ‘modelling’, takkan masuk industri lakonan saya tak buat betul-betul. Insya-Allah, saya ada misi dalam industri ini.

“Bulan Oktober nanti saya ada satu watak yang sangat saya suka. Watak itu memang di luar kotak dan saya rasa setiap pelakon pun mahukan watak sebegitu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Qireen masih merahsiakan sama ada projek berkenaan merupakan drama atau filem dan hanya akan mendedahkannya pada Oktober nanti.

Qireen sebelum ini mencuri perhatian menerusi kemunculan sulungnya dalam drama Bulan Henti Bicara.

Anda mungkin berminat dengan

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Fiboo Protein Bar High Protein Fiber Diet Snack Meal Replacement 0 Sugar Whey Protein Bar Plant Protein Bar Discount Set Halal

Fiboo Protein Bar High Protein Fiber Diet Snack Meal Replacement 0 Sugar Whey Protein Bar Plant Protein Bar Discount Set Halal

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

ASICS Lifewalker M010 (Wide) Men Walking Shoes In Black/Black

ASICS Lifewalker M010 (Wide) Men Walking Shoes In Black/Black

Must Watch Video

Advertisement