Skip to main content

Hiburan

Park Shin Hye Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Park Shin Hye Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Sekilas

  • Pelakon Korea Selatan, Park Shin Hye, kini bergelar ibu kepada dua selepas melahirkan bayi perempuan pada Isnin.
  • Agensinya, SALT Entertainment, mengesahkan Park dan bayinya berada dalam keadaan sihat serta sedang menjalani proses pemulihan.
  • Park berkahwin dengan aktor Choi Tae Joon pada 2022 dan mereka sudah mempunyai seorang anak lelaki yang lahir pada Mei tahun sama.
Advertisement

Pelakon jelita Korea Selatan, Park Shin Hye kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata selepas selamat melahirkan bayi perempuan pada Isnin.

Berita gembira itu disahkan agensinya, SALT Entertainment pada 22 September yang memaklumkan Park dan bayinya berada dalam keadaan sihat.

Advertisement

“Park Shin Hye telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat hari ini (Isnin).

“Kami ingin berkongsi berita gembira bahawa Park Shin Hye dan Choi Tae Joon kini menerima kehadiran seorang lagi anggota keluarga,” kongsi mereka.

Menurut agensinya lagi, Park kini sedang berehat dan menjalani proses pemulihan sambil menerima kasih sayang serta perhatian daripada keluarganya.

Untuk rekod, Park mendirikan rumah tangga bersama aktor Choi Tae Joon pada 2022 dan hasil perkahwina itu mereka dikurniakan seorang bayi lelaki yang lahir pada Mei tahun yang sama.

Sumber: Portal Global MediaFine

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement