Skip to main content

Artis Antarabangsa

Pelawak Samay Raina Didenda RM16,000, Persenda Golongan OKU

Pelawak Samay Raina Didenda RM16,000, Persenda Golongan OKU

Sekilas

  • Pelawak India, Samay Raina, didenda ₹300,000 oleh Mahkamah Agung India kerana gagal mematuhi arahan berkaitan kes mempersendakan golongan OKU dalam rancangan YouTube.
  • Kes ini bermula selepas petisyen oleh Cure SMA India Foundation yang mendakwa Raina dan pelawak lain menghina individu OKU serta menguatkan stereotaip negatif.
  • Mahkamah mendapati Raina tidak menghubungi yayasan berkenaan atau melibatkan komuniti OKU dalam program seperti diarahkan, malah berada di luar negara semasa prosiding berlangsung.
Advertisement

Pelawak dan pencipta kandungan terkenal India, Samay Raina, dikenakan denda sebanyak ₹300,000 (kira-kira RM16,000) oleh Mahkamah Agung India selepas didakwa gagal mematuhi arahan mahkamah berhubung kes mempersendakan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Kes tersebut berpunca daripada petisyen yang difailkan oleh Cure SMA India Foundation, sebuah pertubuhan yang membantu pesakit Spinal Muscular Atrophy (SMA), iaitu penyakit genetik yang menyebabkan kelemahan otot secara progresif dan boleh mengancam nyawa.

Advertisement

Yayasan itu mendakwa Raina bersama beberapa pelawak lain menghina individu OKU menerusi rancangan YouTube India's Got Latent.

Antara kandungan yang menjadi pertikaian ialah jenaka Raina mengenai kos suntikan rawatan SMA yang disifatkan cukup majal untuk seorang bayi berusia dua bulan. Selain itu, beliau turut didakwa membuat jenaka melibatkan individu cacat penglihatan yang disifatkan memperkukuhkan stereotaip negatif terhadap golongan OKU, lapor The Independent.

Menurut peguam yayasan berkenaan, kandungan tersebut bukan sahaja menyinggung perasaan komuniti OKU, malah dikhuatiri menjejaskan usaha mengumpul dana untuk pesakit SMA yang memerlukan kos rawatan amat tinggi.

Sebelum ini, Mahkamah Agung mengarahkan Raina dan beberapa pelawak lain mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat serta menganjurkan sekurang-kurangnya dua program setiap bulan bagi mengetengahkan kejayaan golongan OKU dan membantu mengumpul dana rawatan.

Bagaimanapun, ketika prosiding terbaharu, mahkamah mendapati Raina gagal mematuhi arahan tersebut.

Panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Surya Kant, menyatakan Raina tidak pernah menghubungi Cure SMA India Foundation atau melibatkan komuniti OKU dalam programnya seperti yang dijanjikan.

"Kami tiada sebab untuk meragui  Samay Raina telah mempermainkan mahkamah. Beliau jelas melanggar komitmen yang diberikan," kata panel hakim.

Mahkamah turut mengkritik tindakan Raina yang berada di luar negara ketika prosiding berlangsung.

"Mereka fikir apabila berada di luar negara, mereka berada di luar bidang kuasa mahkamah. Jika ini bukan sikap angkuh, mungkin kamus Oxford juga perlu diubah," kata Surya Kant,

Selain Raina, beberapa pelawak lain yang turut dinamakan dalam petisyen ialah Vipul Goyal, Balraj Paramjeet Singh Ghai, Sonali Thakkar dan Nishant Jagdish Tanwar.

Dalam prosiding sama, peguam Cure SMA India Foundation memaklumkan pihaknya tidak lagi mahu bekerjasama dengan Raina, selain mempersoalkan statusnya sebagai ikon dalam kalangan anak muda.

Sementara itu, peguam Raina menjelaskan anak guamnya tidak menghubungi yayasan berkenaan kerana tidak mempunyai alamat organisasi tersebut, namun mendakwa individu OKU tetap dijemput menghadiri beberapa program.

Beliau turut memberi jaminan akan menasihati Raina supaya mematuhi semua arahan Mahkamah Agung selepas ini.

Terdahulu, Peguam Cara Negara India, Tushar Mehta, turut mendakwa Raina memperlekeh prosiding mahkamah apabila bergurau dalam persembahan terbaharunya dengan mengatakan menggantung 'nimbu-mirchi', iaitu tangkal tradisional India yang dipercayai mampu menghalau nasib malang.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement