Skip to main content

Hiburan

Pemain Bass Limp Bizkit Meninggal Dunia, Fred Durst: “Berehatlah…”

Limp Bizkit

Pemain bass kumpulan Limp Bizkit, Sam Rivers meninggal dunia pada usia 48 tahun pada 18 Oktober, lapor Variety.

Kematian Rivers yang disampaikan oleh kumpulan nu metal itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab salah seorang anggota Limp Bizkit meninggal dunia.

Advertisement

“Hari ini kami telah kehilangan seorang keluarga, anggota kumpulan, nadi kami.

“Sam Rivers bukan hanya pemain bass kami, dia adalah magis kami. Setiap lagu yang dimainkan tenang dalam ‘kebisingan’.

“Sejak pertama kali kami bermain bersama, dia telah membawa cahaya yang tidak boleh diganti. Bakatnya sangat luar biasa dan tidak akan dilupakan,” tulis kenyataan tersebut.

Rivers sebelum ini pernah meninggalkan kumpulan tersebut kerana masalah kesihatan hati akibat ketagihan alkohol yang diambil sejak zaman persekolahan.

Dia kemudian menjalani pembedahan hati dan kembali bermain dengan kumpulan yang terkenal dengan lagu Just Like Me pada tahun 2018.

“Kami menyayangi anda dan akan selalu membawa anda bersama.

“Berehat dengan tenang. Muzik anda tidak akan pernah mati,” Fred Durst dan pemain dram, John Otto serta Wes Borland dan DJ Lethal.

Must-Watch Video

Advertisement