Skip to main content

Kpop

Peminat Cedera, Pagar Keselamatan Di Konsert Super Junior Roboh

Astro Gempak SJ peminat

Sekilas

  • Tiga peminat cedera selepas pagar keselamatan roboh semasa konsert Super Junior di KSPO Dome, Seoul.
  • Insiden berlaku ketika Ryeowook menghampiri peminat sewaktu lagu terakhir, menyebabkan penonton terjatuh.
  • SM Entertainment memohon maaf dan memastikan mangsa mendapat rawatan terbaik selepas kejadian.
Advertisement

Tiga peminat mengalami kecederaan selepas pagar keselamatan yang dipasang di konsert Super Junior di Seoul, Korea Selatan, roboh.

Insiden berlaku di KSPO Dome di Songpa District sewaktu salah seorang anggota grup K Pop terkenal itu, Ryeowook menghampiri peminat semasa mendendangkan lagu terakhir dalam konsert tersebut, lapor Korea JoongAng Daily.

Advertisement

Pagar keselamatan yang dipasang roboh sewaktu peminat berpusu-pusu untuk mendekati dan ‘bertemu’ Ryeowook sebelum tiga penonton yang berada di hadapan terjatuh.

Menerusi video dan foto yang tersebar di internet, Ryeowook juga dilihat terkejut dengan insiden yang berlaku sebelum meminta pertolongan.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital selepas kejadian.

Susulan insiden tersebut, agensi SM Entertainment membuat permohonan maaf terhadap mangsa.

“Sebagai penganjur dengan berat hati kami meminta maaf kepada semua mangsa yang terlibat. Kami akan pastikan mereka mendapat rawatan yang sebaiknya,” ujar kenyataan yang dikeluarkan SM Entertainment.

Konsert tersebut merupakan siri Super Show 10 yang merupakan perayaan 20 tahun penubuhan kumpulan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement