Skip to main content

Hiburan

Peminat Cilik Sebak Saat Bertemu Sharnaaz Ahmad, Sampai Siti Nurhaliza Pun Menangis

Peminat Cilik Sebak Saat Bertemu Sharnaaz Ahmad, Sampai Siti Nurhaliza Pun Menangis

Sekilas

  • Dua kanak-kanak sebak bertemu pelakon Sharnaaz Ahmad kerana wajahnya mirip arwah bapa mereka semasa jelajah promosi filem Chelot.
  • Momen pertemuan itu dirakam dan dikongsi oleh Golden Screen Cinemas (GSC) sebagai satu kenangan yang sangat bermakna dan sukar dilupakan.
  • Reaksi menyentuh hati itu turut mendapat perhatian netizen dan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut berkongsi rasa sebak mereka.
Advertisement

Dua kanak-kanak gagal menahan air mata selepas berpeluang bertemu  dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad ketika jelajah promosi filem Chelot.

Menerusi hantaran Golden Screen Cinemas (GSC) di Instagram, difahamkan reaksi sebak kedua-dua peminat cilik itu keranan wajah Sharnaaz dikatakan seakan-akan mirip arwah bapa mereka.

Advertisement

Momen menyentuh hati itu dirakam ketika kedua-duanya bertemu Sharnaaz sebelum mereka dilihat memeluk erat pelakon Polis Evo 3 tersebut.

GSC menerusi ruangan kapsyen turut menggambarkan pertemuan singkat berkenaan sebagai satu momen yang cukup bermakna dan pastinya sukar dilupakan.

“Ada pertemuan yang singkat, tapi meninggalkan rasa yang dalam. Satu momen yang pasti akan dikenang,” tulis GSC.

Momen tersebut turut mengundang perhatian warganet yang rata-rata tersentuh melihat reaksi kedua-dua kanak-kanak berkenaan ketika berhadapan dengan Sharnaaz.

"Weiii..dia tenungggggg jer muka @sharnaazahmad ..nampak sgt dia rindu😭😭😭😭😭

"Sedihnyaaa 🥹

"Aduhai tak memasal saya menangis pulak tengok video ni😢

"Kesian... kedua2nya betul rindukan pelukan seorang ayah..., tq @sharnaazahmad 🥺

"Ya Allah sedihnya. Semoga anak kecil itu diberi kekuatan, dipermudahkan urusan berjaya dunia akhirat," komen netizen. 

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mengakui sebak selepas menyaksikan momen berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement