Skip to main content

Hiburan

Pendakwah Kongsi Momen Peluru Berpandu Dipintas Di Langit Madinah

PELURU

Pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi Harun berkongsi pengalaman mencemaskan apabila menyaksikan peluru berpandu memasuki ruang udara Madinah, Arab Saudi.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Ustaz Abdullah dilihat sedang merakam suasana malam di Masjid Quba sebelum melihat dua peluru berpandu merentasi langit Madinah sebelum dipintas di udara.

Advertisement

“Ya Allah, apa ini? Peluru berpandu dipintas di langit Madinah,” kedengaran suara Ustaz Abdullah dalam rakaman tersebut.

Kejadian itu turut menimbulkan panik apabila kedengaran jeritan para jemaah serta penduduk tempatan yang berada di kawasan sekitar masjid berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, seorang individu yang tinggal di Madinah memaklumkan insiden itu berlaku sekitar jam 10.40 malam waktu tempatan.

Must-Watch Video

Advertisement