Skip to main content

Hollywood

Penulis Lirik Lagu Dua Lipa, Britney Spears, Talay Riley M*ut Ditikam

Astro Gempak penulis lirik

Sekilas

  • Talay Riley, pemenang Grammy dan penulis lirik untuk artis terkenal seperti Dua Lipa dan Khalid, ditemui maut akibat ditikam di Timur London pada usia 35 tahun.
  • Riley mengalami kecederaan parah dengan beberapa kesan tikaman dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala seorang lelaki lain turut cedera dalam kejadian sama.
  • Tiga suspek, termasuk seorang wanita, telah ditangkap oleh polis Metropolitan dan siasatan masih diteruskan berhubung kes ini.
Advertisement

Pemenang Grammy, komposer, penulis lirik dan penyanyi Talay Riley ditemui maut selepas ditikam di kawasan Timur London minggu lalu.

Riley yang juga penulis lirik lagu buat Dua Lipa, Britney Spears, Khalid dan H.E.R meninggal dunia pada usia 35 tahun, lapor Rolling Stone.

Advertisement

Punca kematian lelaki dengan nama sebenar Mark Yinka Orabiyi akibat kecederaan parah dengan beberapa kesan tikaman di sebuah taman. Riley dilaporkan maut sewaktu di bawa ke hospital sementara seorang lagi lelaki berusia 20-an yang juga diserang dalam kejadian sama mengalami luka.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak polis Metropolitan, tiga suspek termasuk seorang wanita ditangkap susulan kematian Riley dan siasatan terus dijalankan.

Abangnya, Michael Orabiyi mengenang adiknya sebagai seorang positif dan menyifatkan kematian Riley sebagai sesuatu yang tidak pernah dijangka, apa lagi maut kerana dibunuh.

Advertisement

“Saya tidak pernah menyangka hari ini akan tiba dan saya menulis ini untuk mengesahkan adik saya telah meninggal dunia pada 5 Jun lalu.

“Hati saya terluka dan semuanya rasa seperti mimpi. Sebelum dia meninggal dunia, kami bersembang sebelum tidur. Kami bercakap tentang masa depan dan sentiasa berfikiran positif. Saya tidak sangka ia adalah perbualan terakhir kami,” tulis abangnya di akaun media sosial.

Riley sebelum ini cukup terkenal dengan lagu Last Dance yang dihasilkan Dua Lipa pada 2018,  Young Dumb & Broke (Khaled) dan lagu nyanyian H.E.R., Lights On.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video

Advertisement