Sekilas
- Dini Schatzmann mendapat pujian wargamaya selepas berkongsi usaha memperbaiki bacaan surah al-Fatihah bersama ibu mentuanya, Shahzani.
- Video yang dimuat naik oleh isteri Dini, Janna Nick di TikTok menunjukkan sokongan dan kata-kata semangat dalam proses pembelajaran agama mereka.
- Perkongsian ini mendapat reaksi positif netizen yang mendoakan agar mereka terus istiqamah dalam mendalami ilmu agama.
Inisiatif pelakon, Dini Schatzmann yang berusaha memperbaiki bacaan surah al-Fatihah telah menyorot perhatian dan meraih pujian wargamaya.
Menerusi video dimuat naik isteri Dini yang juga pelakon, Janna Nick di TikTok, dapat dilihat aktor itu sedang memperbetulkan cara bacaannya bersama ibu Janna iaitu Shahzani.
“Allah lagi sayanglah kalau susah nak baca tapi cuba juga,” kongsi Dini.
Dalam masa yang sama, Janna yang sedang merakam suaminya itu turut memberikan kata-kata semangat kepada Dini.
“Tiada siapa judge awak, kan kita tengah belajar,” kata Janna kepada Dini.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji usaha Dini dan Janna mendalami ilmu agama.
“Moga Allah mudahkan segala usaha kalian.
“Alhamdulillah, semoga terus istiqamah.
“Mantap, practice make perfect, insya-Allah,” komen netizen.
Untuk rekod, Dini dan Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner mendirikan rumah tangga di Langkawai pada 10 Jun 2023 lalu.
Sumber: TikTok