Skip to main content

Selebriti

Percubaan Pertama Jadi Kenangan Manis, Pelajar USIM Johan Qari Tilawah Al-Quran - “Ayah Juga Ada Asas Ilmu Tarannum Yang Diajar Kepada Kami”

Juara Tilawah Al-Quran

Sekilas

  • Cik Hasnul Taqiyuddin, pelajar USIM dari Perak, muncul johan qari Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan pada percubaan pertamanya.
  • Johan qariah Nur Syakura Mohamad Musa dari Sarawak pula berjaya menamatkan penyertaan keenamnya dengan kemenangan pertama di peringkat kebangsaan.
  • Kedua-dua pemenang membawa pulang wang tunai RM20,000, RM10,000 untuk menunaikan haji, piala, cenderamata, sijil, bar emas dan penginapan tajaan.

Percubaan pertama menyertai Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan menjadi kenangan paling manis buat pelajar tahun tiga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali, 25, apabila muncul sebagai johan qari pertandingan itu pada Ahad.

Penuntut jurusan Al-Quran dan Sunnah dari Perak itu berkata dia berasa gembira dengan kejayaan tersebut namun tidak menyangka mampu menewaskan 13 peserta lain yang lebih berpengalaman dan sempurna bacaan mereka.

Tambah Cik Hasnul lagi, bapanya Cik Sazali Jaafar, 51, merupakan guru al-Quran pertamanya serta menjadi pendorong utama untuk menyertai pertandingan tilawah di pelbagai peringkat sebelum ini.

"Saya rasa sangat bersyukur kerana kejayaan ini sebenarnya tidak disangka memandangkan saingan amat sengit. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke pertandingan peringkat kebangsaan.

"Bapa saya seorang pegawai polis dan masih berkhidmat. Kami tiga beradik memang belajar al-Quran dengan ayah dari awal hingga fasih seperti sekarang.

“Ayah juga ada asas ilmu tarannum yang diajar kepada kami dan saya juga banyak berjumpa dengan guru lain untuk bertalaqi," katanya.

Cik Hasnul Taqiyuddin yang bercita-cita menjadi pensyarah berkata dia akan terus membuat latihan sebagai persediaan mewakili negara ke pertandingan tilawah peringkat antarabangsa nanti.

Sementara itu, johan qariah Nur Syakura Mohamad Musa, 31, dari Sarawak berkata dia amat bersyukur kerana usahanya selama enam tahun akhirnya membuahkan hasil.

Penyelia Guru Al-Quran di Majlis Islam Sarawak (MIS) itu berkata hasil istiqamah serta doa daripada ahli keluarga, akhirnya beliau berjaya menghadiahkan kemenangan khususnya kepada bapa, Mohamad Musa Mat, 67, yang juga guru al-Quran dan pendorong utamanya. 

"Ini kali keenam penyertaan saya di peringkat kebangsaan. Pencapaian terbaik sebelum ini hanya di tempat keempat.

"Benarlah usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Saya banyak ambil pengalaman sebelum ini untuk kenal pasti kelemahan dan perbaiki kekurangan," katanya.

Kemenangan itu membolehkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji berserta piala, cenderamata dan sijil.

Selain itu, pemenang turut menerima hadiah tambahan iaitu bar emas seberat dua gram sumbangan MAIDAM Property Sdn Bhd dan tajaan penginapan selama dua hari satu malam oleh Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu.  

Sumber: Awani menerusi Bernama

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement