Skip to main content

Hiburan

Perkongsian Fazley Yaakob Mengenai Situasi Suami Buat Semua Kerja Rumah Undang Kritikan - “Ramai Sangat Isteri Tak Suka…”

Fazley Yaakob

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangan di Threads mengenai suami yang buat semua kerja rumah sementara isteri tidak membantu dan mengamuk jika suami curang.
  • Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada wargamaya yang tidak bersetuju dengan kenyataan Fazley.
  • Fazley cuba ubah naratif dengan situasi isteri buat semua kerja rumah, tetapi respons tetap kurang positif daripada netizen.

Perkongsian cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazleey Yaakob menerusi platform Threads menerima pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya. 

 

Menerusi perkongsian tersebut, Fazley memberi gambaran mengenai seorang suami yang melakukan semua kerja rumah termasuklah memasak dan menguruskan anak. 

 

Menurutnya lagi, isteri yang tidak berbuat apa-apa akan mengamuk apabila mengetahui suaminya berlaku curang terhadapnya. 

 

“Masalahnya sekarang, ramai sangat isteri tak suka buat kerja rumah. Suami akhirnya buat semua benda, dari mop lantai, memasak, mandikan anak-anak, gosokkan tudung, basuh baju, cuci pinggan, kemas bilik.

 

“Memanglah isteri tu harus di layan bak permaisuri. Tapi takkanlah satu benda pun isteri tak buat? Bila suami ada orang lain, isteri pandai pulak mengamuk,” kongsinya. 

 

Rata-rata wargamaya berasa kurang senang dan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. 

 

Bagaimanapun, penyanyi lagu Asmara Ini mengubah naratif dengan menjadikan situasi suami itu kepada isteri yang melakukan semua kerja rumah. 

 

Biarpun sudah menukar naratif, namun perkongsian Fazley itu tetap tidak mendapat respons yang baik daripada wargamaya. 

 

“Kedua-dua naratif daripada awak pelik sangat, kenapa kenyataan terakhir? Tak buat kerja rumah = tak apa nak curang?

 

“Kenapa dalam otak fikir curang saja? Ingat semua sama pemikiran macam you ke?

 

“Biasanya apa yang kamu katakan dahulu adalah perasaan paling tulen yang kamu miliki. Jadi ini akan saya abaikan. Kerosakan telah berlaku. Kamu buka aib sendiri,” komen wargamaya. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement