Skip to main content

Viral

"Pernah Bila Saya Beri Salam, Orang Tak Berani Jawab Sebab Keliru Saya ..." - Bront Palarae

bront_nama

Sekilas

  • Bront Palarae memilih nama pentas yang unik dan misteri berdasarkan panggilan mesra rakan sekolah dan nama keluarga ibunya dari Thailand.
  • Penggunaan nama pentas ini membantu membina imej berbeza dalam kerjaya lakonannya walaupun pada awalnya menimbulkan kekeliruan tentang latar belakang agamanya.
  • Bront kini menjadi duta jenama Aryan dan berhasrat mempromosikan jenama tempatan ke peringkat antarabangsa melalui peranan tersebut.
Advertisement

Pemilihan nama pentas sering menjadi strategi penting dalam membina identiti seorang artis. Bagi pelakon Bront Palarae, penggunaan nama Bront Palarae bukan sekadar untuk kelainan, sebaliknya mencerminkan pendekatan tersendiri dalam perjalanan kerjayanya sejak awal pembabitan dalam industri seni.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 47, menjelaskan bahawa nama pentas tersebut terbentuk secara semula jadi. 

Advertisement

Bront merupakan evolusi panggilan mesra rakan-rakan ketika di bangku sekolah, manakala Palarae pula diambil daripada nama keluarga sebelah ibunya yang berasal dari Thailand.

“Saya sebenarnya sudah kongsikan perkara ini dalam beberapa podcast sebelum ini. Tapi nama Bront itu evolusi panggilan kawan-kawan dari zaman sekolah, manakala Palare pula adalah nama keluarga sebelah ibu di Thailand,” katanya kepada Gempak.

Pelakon filem Pengabdi Setan itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Warna Lebaran Ariani Fashion Show 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Bront, pemilihan nama pentas berkenaan dibuat dengan pertimbangan jelas bagi membina imej berbeza serta memberikan elemen misteri dalam kerjaya lakonannya.

“Kalau saya guna nama Nasrul Suhaimin Saifuddin, macam terlalu ‘baik’. Watak apa yang boleh saya bawa?

“Bila guna nama Bront Palarae, orang jadi tertanya-tanya saya ini siapa. Ia lebih unik dan ada misteri,” ujarnya.

Bagaimanapun, Bront mengakui bahawa penggunaan nama tersebut pada peringkat awal pernah menimbulkan kekeliruan, khususnya berkaitan latar belakang agamanya.

“Ada satu ketika dulu, bila saya beri salam, orang jadi tak berani jawab sebab keliru saya Muslim atau tidak.

“Tapi itu hanya di peringkat awal. Sekarang orang dah faham dan tak ada isu lagi,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Bront yang dilantik sebagai duta pertama jenama Aryan melihat peranan tersebut sebagai satu kepercayaan dan tanggungjawab dalam membawa jenama tempatan ke peringkat lebih luas.

“Mungkin rezeki saya di sini dan saya sangat berbesar hati serta bangga. Bila ke luar negara nanti, mungkin ada yang bertanya jenama apa yang saya pakai.

“Harapnya dengan peranan ini, saya dapat membantu memperkenalkan jenama tempatan ke peringkat antarabangsa sama ada di Indonesia, Thailand atau negara lain, secara tidak langsung mewakili Malaysia,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

WARRIX Malaysia Lifestyle Oversize Jersey Football Futsal Sports Shirt Unisex Breathable Lightweight

WARRIX Malaysia Lifestyle Oversize Jersey Football Futsal Sports Shirt Unisex Breathable Lightweight

Must Watch Video

Advertisement