Sekilas
- Penyampai radio Kai Hassan bersyukur kerana kehidupannya semakin baik selepas mengalami gangguan mistik pada Julai lalu.
- Gangguan tersebut menyebabkan Kai menjadi panas baran dan hati tidak tenang setiap kali pulang ke rumah.
- Kai telah berjumpa ustaz di Melaka dan diberitahu gangguan mistik itu sudah tiada lagi.
- Dia berharap tiada musuh yang menghantar gangguan mistik kepadanya kerana risau akan kesan buruknya.
- Kai juga memohon maaf kepada pendengar setiap kali tamat segmen di radio sebagai tanda hormat dan menjaga hubungan baik.
Penyampai radio Kai Hassan meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya semakin baik selepas mengalami gangguan mistik pada Julai lalu.
Menurut Kai, gangguan mistik yang dilaluinya sebelum ini menyebabkan dirinya menjadi panas baran dan hati tidak tenang setiap kali pulang ke rumah.
“Alhamdulillah dah semakin baik, saya pun ada jumpa semula ustaz di Melaka dan dia pun cakap dah tak ada apa-apa. Sebelum itu ada la saya kena sampuk sikit.
“Saya ini agak lemah semangat sikit. Alhamdulillah kehidupan sekarang dah okay. Kalau sebelum ini saya jadi cepat marah dan asyik nak bergaduh dengan orang.
“Balik rumah pun hati tak tenteram. Chiwan pun perasan yang ketika itu saya asyik nak marah saja. Harap tiada lagi la yang menyinggah. Haritu ada jin betina menyinggah,” kata Kai kepada Gempak.
Syukur gangguan tersebut bukan disebabkan orang, Kai bagaimanapun berharap dia tidak mempunyai musuh sehingga mahu melakukan perkara tidak baik kepadannya.
“Saya paling risau kalau ada yang menghantar tapi Alhamdulillah bukan. Sebab saya ada pengalaman dalam orang keliling saya yang alami perkara itu. ‘
“Ada orang hantar dan kehidupannya terseksa. Saya duduk satu rumah dengan dia yang juga penyampai radio. Sahabat saya pun dah meninggal.
“Saya tak nak perkara seperti itu terjadi dan doa banyak-banyak. Saya harap tiada musuh la… kadang-kadang kita tak tahu mungkin dekat radio ada yang tak suka.
“Tapi karakter saya itu hanya di radio sahaja dan setiap kali nak habis segmen mesti saya akan minta maaf pada semua,” ujarnya.