Seorang individu meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim mengenai isu mahram dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut merasakan Rizalman tidak seharusnya merosakkan reputasi dengan mengeluarkan kenyataan yang tiada empati.
“Saya kecewa dengan kenyataan Dato Rizalman. Ustaz Wadi Annuar sendiri dengan ilmu dan kedudukan beliau pun tak pernah persoalkan isu mahram dalam misi Global Sumud Flotilla.
“Awak pula, seorang pereka fesyen pencen yang baru berhijrah. Ilmu pun belum setaraf, sibuk pula nak condemn pasal mahram? Kalau tak ada benda baik nak cakap, lebih baik diam je.
“Awak tu orang ternama, kenapa nak rosakkan reputasi sendiri dengan kenyataan yang tak berakal dan langsung tak berempati eh?” tulisnya.
Hantaran tersebut berjaya menyorot perhatian netizen dan rata-rata turut menyuarakan pendapat yang sama.
Malah ada juga yang mula mempersoalkan mengapa Rizalman tidak turut serta sekiranya wanita tidak boleh menyertai misi tersebut.
"Kalau perempuan tak layak. yg dia jantan kenapa tak offer diri ?
"Altimet pernah cakap, 7x pergi usrah, dah pandai tepis fatwa. Ramai spesis mcm ni actually.
"Mungkin sbb die rse die DAH BAIK.
"I tak faham what’s wrong with him eh ? Dia macam tiba tiba kau okay tak bang," komen netizen.
Terdahulu, perkongsian pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim yang menyentuh soal mahram ketika merujuk kepada aktivis kemanusiaan Zizi Kirana dan PU Rahmat mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Rizalman memuat naik tangkap layar mesej peribadi (DM) daripada seorang individu yang memaklumkan kepadanya bahawa Zizi dan PU Rahmat telah ‘ditangkap’ ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang berlangsung di perairan Gaza.