Sekilas
- Kudrat 1968 akan menjadi naskhah pertama di Malaysia yang menggabungkan penceritaan dalam dua format iaitu siri premium dan filem.
- Siri premium Astro Original akan menampilkan empat episod sebelum penonton dapat menonton filem Kudrat 1968 di pawagam.
- Barisan pelakon utama termasuk Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith telah diumumkan dalam majlis khas di Robert’s Theatre, The Campus Ampang.
Buat julung kalinya, Kudrat 1968 bakal mencipta sejarah sebagai naskhah pertama di Malaysia yang menggabungkan penceritaan dalam dua format berbeza iaitu siri premium dan filem.
Meskipun menawarkan pengalaman berbeza kepada penonton menerusia dua medium berlainan namun, Kudrat 1968 tetap menampilkan jalan cerita yang berkait.
Perkara itu disahkan sendiri oleh eksekutif Kudrat 1968, Raja Jastina Raja Arshad pada majlis memperkenalkan barisan pelakon utama Kudrat 1968 di Robert’s Theatre, The Campus Ampang, pada Rabu.
"Kudrat 1968 adalah sebuah filem tapi sebelum itu anda akan menyaksikan empat episod menerusi siri premium Astro Original sebelum anda menonton filem.
"Ini buat pertama kali di Malaysia untuk bawa anda dekat dengan dunia Kudrat," katanya.
Kudrat 1968 dijangka menjadi satu penanda aras baharu buat industri perfileman tempatan apabila menggabungkan kekuatan penceritaan bersiri dan layar lebar dalam satu karya yang sama.
Dengan konsep unik serta pendekatan berbeza, naskhah ini diharapkan mampu memberikan pengalaman baharu kepada penonton selain membuka lebih banyak peluang untuk penghasilan karya tempatan dengan format yang lebih eksperimental.
Terdahulu, teka-teki mengenai pelakon yang bakal beraksi bersama Mierul Aiman terjawab apabila kesemua mereka diumumkan dalam satu majlis penuh meriah pada Rabu.
Antara pelakon yang diumumkan majlis tersebut termasuklah Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith.
Jangan lupa untuk saksikan filem Kudrat 1968 di pawagam berdekatan anda akan datang.