Skip to main content

Berita Antarabangsa

Posing Lama Sangat, Dua Artis China Cetus Kontroversi Di Karpet Merah Cannes 2026

Astro Gempak cannes

Sekilas

  • Dua pelakon China, Qi Wei dan Yuan Shanshan, menerima teguran petugas keselamatan di Cannes Film Festival 2026 kerana terlalu lama bergambar di karpet merah sehingga mengganggu pergerakan tetamu lain.
  • Qi Wei tampil dengan gaun elegan berpotongan tertutup di depan dan belakang terbuka, manakala Yuan Shanshan dikritik netizen kerana gaya busana yang kurang menepati kod pakaian festival.
  • Qi Wei terkenal dengan drama popular dan program realiti, manakala Yuan Shanshan dikenali sebagai graduan Beijing Film Academy yang sering dikritik mutu lakonannya.
Advertisement

Penampilan dua pelakon China di Cannes Film Festival 2026 menjadi perhatian selepas mereka didakwa menerima teguran daripada petugas keselamatan kerana terlalu lama bergambar di karpet merah festival tersebut.

Menurut laporan media, pelakon Qi Wei dan Yuan Shanshan dikatakan melanggar protokol acara apabila terlalu lama berposing sehingga mengganggu kelancaran pergerakan tetamu lain.

Advertisement

Qi Wei hadir pada hari ketiga festival dengan gaun elegan berpotongan tertutup di bahagian depan namun mempunyai rekaan belakang terbuka yang menonjolkan sebahagian bahagian belakang badannya.

Ketika berada di kawasan tangga karpet merah, aktres berusia 41 tahun itu didakwa terlalu lama berinteraksi dengan kamera sebelum seorang petugas keselamatan menghampirinya dan meminta dia segera bergerak ke hadapan.

Menghadapi situasi tersebut, Qi Wei dilaporkan hanya ketawa dalam keadaan sedikit canggung sebelum meninggalkan kawasan berkenaan.

Advertisement

Dalam masa sama, Yuan Shanshan juga dilaporkan beberapa kali menerima teguran kerana terlalu lama berposing ketika menghadiri festival itu pada dua hari berbeza.

Malah penampilannya turut menerima kritikan netizen yang mendakwa gaya busananya kurang menepati kod pakaian Cannes yang terkenal dengan konsep elegan dan formal.

Qi Wei dikenali menerusi beberapa drama popular seperti Beauty’s Rival in Palace, April Star dan Coming Back, selain kembali menjadi perhatian selepas menyertai program realiti Sisters Who Make Waves pada 2024.

Sementara itu, Yuan Shanshan merupakan graduan Beijing Film Academy dan pernah dianggap antara pelakon tercantik generasinya sebelum sering menerima kritikan terhadap mutu lakonannya dalam beberapa drama popular China.

Kredit Foto: Carian Google, Reuters

Anda mungkin berminat dengan

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Must Watch Video

Advertisement