Skip to main content

Hiburan

Puteri Balqis Ajak Mia Sara Nasuha ‘Bersemuka’, Dakwa Ibu Pernah Dihina & Dimalukan Secara Terbuka -“Kau Pilih Nak Guna Wartawan Atau Jumpa Aku Terus”

dfgdf

Pelakon Puteri Balqis mengejutkan ramai apabila tampil memuat naik satu hantaran beremosi yang ditujukan kepada aktres dan pempengaruh, Mia Sara Nasuha di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish meluahkan rasa terkilan terhadap individu yang didakwanya pernah mengaibkan ibu serta keluarganya secara terbuka sebelum ini.

Dalam hantaran panjang itu, Aqish mendakwa Mia pernah mengeluarkan kenyataan yang menyentuh soal didikan ibunya selain turut ‘menyukai’ komen-komen berunsur hinaan terhadap dirinya dan keluarga.

@therealmiasara  Kau menangis beria depan wartawan.  Beria kau cerita kau byk kelebihan yg org taktau. Kau dgn kawan kau sekor lagi sama je. Gunakan wartawan dan blog.

“Ada kau fikir perasaan mak aku, mental health mak aku waktu kau malukan dia di depan orang ramai? Kau komen mak aku tak didik aku. Kau sebut mak aku,” tulisnya.

vdfdfdvfv

Pelakon berusia 18 tahun itu turut mendakwa individu rapat dengan Mia termasuk pengurus serta kenalan lain pernah menghina ibunya secara terbuka di media sosial, malah menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu cubaan memperangkap keluarganya.

“Kami diam bertahun-tahun. Tak ada seorang pun tahu. Kau ingat aku lupa? Kau ingat aku bodoh?” luahnya lagi.

vdf

Selain kapsyen panjang berkenaan, Balqis turut memuat naik sekeping foto mengandungi mesej yang memberi pilihan sama ada Mia Sara mahu menyelesaikan isu tersebut melalui media atau bertemu secara berdepan.

 

vdv“Kau boleh pilih, sama ada mahu menggunakan wartawan dan blog, atau jumpa aku terus.

Aku taknak dgr dari mulut org,” tulis Balqis.

Bagaimanapun, usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan balas daripada Mia Sara Nasuha setakat ini tidak berhasil apabila aktres berkenaan tidak memberikan sebarang respons.

Sumber: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement