Skip to main content

Hiburan

Puteri Balqis Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Cabar Netizen Buat Laporan Polis - “Kalau Artis & Kru Ajak Dia Tolak…”

ccv

Sekilas

  • Puteri Balqis tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, daripada tuduhan mengambil bahan terlarang yang tular di platform Threads.
  • Aqish menegaskan Farris seorang yang bertanggungjawab dan menolak dakwaan tanpa bukti kukuh, malah mencabar pihak yang menuduh untuk kemukakan bukti.
  • Pelakon itu juga menjelaskan pemetik api yang dikaitkan dengan dakwaan itu adalah untuk kegunaan keluarga yang semua perokok, dan menggesa laporan polis dibuat jika ada bukti.

Pelakon, Puteri Balqis tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris selepas wujud tuduhan segelintir netizen yang mendakwa lelaki itu mengambil bahan terlarang susulan tular satu foto di platform Threads, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish meluahkan rasa kecewa apabila keluarganya sekali lagi menjadi sasaran fitnah, sama seperti yang pernah dialami ibunya sebelum ini.

“Sekarang ayah tiri aku pula dituduh penagih. Benda yang sama kena pada mak aku dulu.

“Dan semua yang tuduh ayah tiri aku penagih, semua memang mengaku menagih. Ataupun ayat-ayat ‘kitorang kenal sangat cara penagih’,” tulisnya.

bbkkv

Aqish turut menegaskan agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu sehingga membuat tuduhan terbuka tanpa bukti kukuh.

“Sebelum ada yang ragu-ragu, termakan hasutan haters dan menuduh Farris memang penagih secara terbuka atau belakang-belakang, sebelum Farris dijadikan kambing hitam sama seperti apa yang mak aku tanggung bertahun-tahun, aku clearkan kat sini,” katanya.

baha

Menurut pelakon itu, bapa tirinya merupakan seorang yang bertanggungjawab dan bekerja setiap hari, malah sentiasa menjaga ibunya sekiranya jatuh sakit atau dimasukkan ke hospital.

“Ayah tiri aku, Farris, dia hari-hari bekerja. Kalau mak aku sakit di rumah atau masuk wad, Farris akan jaga sepenuhnya mak aku.

“Di set penggambaran, kalau artis dan kru ajak dia hisap dadah, dia akan senyum, tolak dan terus blah. Sama seperti apa yang mak aku buat dulu,” jelasnya.

Dalam masa sama, Aqish turut mencabar pihak yang menuduh agar mengemukakan bukti sekiranya dakwaan itu benar.

“Soalan paling simple abad ini dari kami, bukti. Takkan bila tiba pada keluarga kami, tak perlu bukti? Takkan ‘alah tengok pun tahu’?

“Pergi cari. Aku bagi korang kerja. Kerja ‘overtime’,” tulisnya.

Selain itu, Aqish turut memuat naik tangkap layar hantaran tular di Threads yang mempertikaikan cara bapa tirinya memegang pemetik api sehingga dikaitkan dengan dakwaan penagih dadah.

Menjawab perkara tersebut, Aqish menjelaskan pemetik api berkenaan dibeli untuk kegunaan keluarga memandangkan mereka semua merupakan perokok.

“Lighter tu kami beli beberapa hari sebelum birthday apak. Family kami semua memang smoker. Memang kami perlukan banyak lighter dan rokok.

“Ada polis bang. Pergi buat laporan polis tentang ayah tiri saya. Kawasan elite atau tak, polis tetap akan datang serbu,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Must-Watch Video

Advertisement