Skip to main content

Hiburan

Rai Kemenangan Menggunakan Air Mineral, Pasukan Hakim Danish Raih Pujian Netizen

Hakim Danish

Sekilas

  • Pelumba Moto3 Malaysia, Hakim Danish, menang perlumbaan Moto3 Grand Prix Czech di Litar Brno selepas bermula dari petak ke-14 akibat penalti.
  • Kemenangan ini mengakhiri penantian 10 tahun Malaysia untuk melihat Jalur Gemilang berkibar di pentas Moto3 sejak 2016.
  • Pasukan Hakim meraikan kemenangan dengan air mineral sebagai tanda hormat kepada pegangan agama pelumba, mendapat pujian warganet.
Advertisement

Kejayaan pelumba Moto3 Negara, Hakim Danish yang berjaya menduduki tempat pertama bagi perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno telah menjadi satu detik manis apabila berjaya menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk melihat Jalur Gemilang berkibar megah di pentas antarabangsa tersebut.

Turut mencuri tumpuan adalah pasukan Hakim iaitu AEON Credit-MT Helmets-MSi yang dilihat begitu menghormati pelumba berusia 18 tahun sewaktu meraikan kemenangannya.

Advertisement

Menerusi video tular dikongsikan seorang pengguna di Threads, dapat dilihat pasukan Hakim meraikan kemenangan dengan hanya menggunakan air mineral berbanding air alkohol yang sering digunakan bagi meraikan kemenangan pelumba di pertandingan tersebut.

Momen cukup bermakna itu kemudiannya meraih pujian warganet yang menyifatkan pasukan Hakim sebagai sebuah pasukan yang menghormati pegangan agama pelumba mereka.

Pada Ahad, Hakim berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno.

Lebih dramatik, kemenangan itu cukup bermakna apabila Hakim terpaksa memulakan perlumbaan dari petak ke-14 selepas dikenakan penalti namun, pelumba itu berjaya membuktikan kemampuannya apabila bangkit memintas pencabar satu demi satu sebelum melintasi garisan penamat sebagai juara.

Kejayaan itu turut menyaksikan Jalur Gemilang kembali berkibar dan lagu Negaraku bergema di pentas Moto3 buat kali pertama sejak kemenangan terakhir Khairul Idham Pawi di GP Jerman pada musim 2016.

Sumber: Threads, Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must Watch Video

Advertisement