Skip to main content

Hiburan

Rai Ulang Tahun Kelahiran, Kecantikan Ibu Nadira Isaac Jadi Perhatian - “Macam Adik Dengan Kakak”

Nadira Isaac

Sekilas

  • Nadira Isaac berkongsi ucapan hari jadi penuh kasih buat ibunya, Anna Shahril, di Instagram dengan menyatakan penghargaan atas pengorbanan dan kasih sayang ibunya.
  • Dia memuat naik beberapa foto manis bersama ibunya yang mengenakan baju sedondon putih, menarik perhatian ramai pengikutnya.
  • Netizen memuji kecantikan ibu Nadira yang kelihatan awet muda dan seperti adik-beradik dengan anaknya.
Advertisement

Model dan pempengaruh, Nadira Isaac berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ibunya, Anna Shahril.

Menerusi Instagram (IG), Nadira menzahirkan penghargaan buat ibunya yang telah banyak berkorban dan menjadi sumber inspirasi kepadanya.

Advertisement

“Selamat hari jadi, mommy. Terima kasih kerana menyayangi saya dengan cara yang tiada siapa pun mampu lakukan.

“Pelukan mommy adalah tempat saya paling selamat, dan doa mommy adalah perlindungan terbesar buat saya. Saya menjadi diri saya hari ini kerana kekuatan, kesabaran serta pengorbanan mommy.

“Semoga Allah memanjangkan usia mommy, memberikan kesihatan dan kebahagiaan buat mommy.

“Saya sayang mommy,” luah Nadira.

Nadira turut memuat naik beberapa foto manis bersama ibunya yang mengenakan baju sedondon berona putih.

Hantaran itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya lebih tertumpu kepada kecantikan ibu Nadira.

Menjengah ke ruangan komen, netizen beranggapan ibu Nadira seperti tidak dimamah usia kerana masih kekal cantik.

“Lawanya mak dia.

“Mak dia nampak macam adik-beradik dia je weh.

“Patutlah Nadira cantik, mak dia pun ‘letopan’,” komen netizen.

Sumber: Instagram Nadira

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement