Anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B memaklumkan dia tidak mempunyai halangan jika ibunya memilih untuk berkahwib dengan pengacara, Roslan Shah.
Bagaimanapun Cik B menerusi siaran langsung di TikTok berkata, walaupun dia mahu melihat ibunya bahagia, namun sebagai anak, dia tetap akan memastikan pasangan yang dipilih itu bukanlah seorang yang bermasalah.
Advertisement
“Tak kisah, bukan saya yang nak kahwin. Yang nak kahwinnya mama saya, jadi tak kisah pun. Kalau dia red flag mestilah kita halang.
“Sebab bila orang bercinta, dia jadi macam cinta itu buta dan hanya orang yang terdekat sahaja tahu yang orang itu bagus atau tidak. Jadi kalau Cik Lan itu bagus tak kisah, biarlah,” ujarnya.
Mengulas mengenai Roslan, Cik B mendedahkan dia sudah mengenali selebriti itu sejak kecil lagi.
“Saya kenal Cik Lan waktu kecil lagi, tapi bukan saya yang nak kahwin, ibu saya. Kalau mama suka, suka sahajalah.
“Kalau tak ada red flag biarlah. Kita tak tahu ajal, jodoh maut di tangan Tuhan,” katanya.
@dsv.family4 Cik B Ok Kalau Cik Lan Jadi Papa Tiri Tapi Kacak Tak Nak 😭 #datoserivida #fyp #fypage #foryoupage #foryoupage❤️❤️ ♬ original sound - DSV Family ❤️
Terdahulu, gelagat Roslan Shah bersama Vida ketika melakukan aktiviti paranormal di Singapura menjadi perhatian ramai.
Lebih mencuit hati, Roslan memaparkan sisi yang berbeza ketika bersama dengan Vida sehingga ada yang mendakwa kedua-duanya sesuai menjadi pasangan kekasih.