Skip to main content

Hiburan

Ramai Sangka Adik-Beradik, Ali Reza Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Idris Khan

Ali Reza

Sekilas

  • Ali Reza Kavoossi menegaskan dia dan Idris Khan bukan adik-beradik walaupun ramai sangka begitu kerana persamaan wajah dan minat mereka.
  • Mereka sering bergurau mengatakan mereka adik-beradik atau sepupu, walaupun Idris berdarah Pakistan dan Ali Reza berdarah Iran.
  • Persahabatan mereka bermula ketika penggambaran drama di Eropah pada 2019 dan kini semakin rapat selepas sering bertemu di acara industri.
Advertisement

Ramai yang menyangka mereka mempunyai pertalian darah, namun pelakon Ali Reza Kavoossi menegaskan dia dan aktor Idris Khan sebenarnya bukan adik-beradik.

 

Advertisement

Menurut Ali Reza, persamaan dari segi wajah, minat dan penampilan membuatkan ramai keliru sehingga menganggap mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.

 

“Mungkin orang tengok saya dan Idris Khan banyak persamaan dari segi minat, stail... banyak benda lebih kurang sama, sebab itu nampak macam adik-beradik.

Advertisement

 

“Padahal umur kami pun jauh beza. Saya masih junior, dia pula dah senior. Tapi memang saya faham kenapa ramai cakap kami macam adik-beradik. Hakikatnya, kami bukan,” katanya kepada Gempak.

 

Bagaimanapun, pelakon drama Bulan Henti Bicara itu mengakui dia dan Idris sering melayan soalan itu dengan berseloroh.

 

“Kadang-kadang kami saja bergurau, cakap dekat orang kami adik-beradik atau sepupu. Sebenarnya Idris berdarah Pakistan, saya pula Iran. Mungkin sebab itu rupa kami ada sedikit seiras,” ujarnya.

 

Bercerita mengenai persahabatan mereka, Ali Reza berkata hubungan akrab itu bermula ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Eropah pada 2019.

 

“Kami travel dan shooting bersama selama tiga minggu. Dari situ kami mula berkenalan.

 

“Lepas itu masing-masing sibuk dengan kerjaya. Saya pun ketika itu baru nak mula dalam industri. Tapi sejak kebelakangan ini kami jadi rapat semula sebab selalu bertemu di acara.

 

“Idris juga banyak berkongsi pengalaman dan memberi nasihat kepada saya. Saya memang hargai setiap tunjuk ajar yang dia berikan,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Shirt Women Design Niche Retro Hong Kong Style Shirt Satin Acetate Professional Fashionable Stand Collar Top Autumn

Shirt Women Design Niche Retro Hong Kong Style Shirt Satin Acetate Professional Fashionable Stand Collar Top Autumn

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

MOSES QUEEN Women's Round Neck Long Sleeved Slim Fit Shirt 62269

MOSES QUEEN Women's Round Neck Long Sleeved Slim Fit Shirt 62269

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DaDuHey Women's New Retro Wide Leg High Waist Loose Straight-Leg Pants Mop Trousers

DaDuHey Women's New Retro Wide Leg High Waist Loose Straight-Leg Pants Mop Trousers

Must Watch Video

Advertisement