Skip to main content

Hiburan

Ramai Yang ‘Seru’, Mawi Cadang Anjur Konsert Untuk 3,000 Peminat - “Korang Berminat Tak Nak Join?”

Mawi

Sekilas

  • Mawi memberi bayangan untuk menganjurkan konsert solo berskala sederhana yang mampu memuatkan sekitar 3,000 penonton pada September atau Oktober jika mendapat sambutan menggalakkan.
  • Perkongsian Mawi di Threads mendapat respon positif daripada peminat yang berharap konsert tersebut dapat direalisasikan dan sanggup membeli tiket.
  • Mawi sebelum ini mendapat perhatian selepas persembahannya di Konsert 3 Aura yang turut menampilkan Ameng Spring dan Datuk Jamal Abdillah, di mana dia menerima pujian ramai.
Advertisement

Penyanyi, Mawi memberi bayangan bakal menganjurkan sebuah konsert solo selepas menerima banyak permintaan daripada peminat.

Menerusi ciapan di Threads, pemilik nama Asmawi Ani ini memaklumkan bahawa sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, dia bercadang untuk mengadkaan konsert berskala sederhana yang mampu memuatkan sekitar 3,000 penonton.

Advertisement

“Atas permintaan sahabat-sahabat yang ‘seru’ saya untuk buat konsert solo.

“Saya ingat nak buat kecik-kecik je dulu dalam 3,000 pax, insya-Allah dalam bulan September atau Oktober.

“Korang berminat tak nak join?” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya rasa teruja ramai peminat yang rata-ratanya berharap hasrat tersebut dapat direalisasikan serta mengatakan mereka sanggup membeli tiket sekiranya konsert berkenaan dianjurkan.

Terdahulu, nama Mawi meraih perhatian selepas dikatakan tidak sesuai untuk mengadakan persembahan sebaris dengan dua penyanyi lagenda Ameng Spring dan Datuk Jamal Abdillah di Konsert 3 Aura.

Walau bagaimanapun, Mawi kemudiannya membuktikan kehebatannya ketika melakukan persembahan di konsert berkenaan sehingga meraih pujian ramai.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement