Skip to main content

Hiburan

Rambut ‘Blonde’ Hanya Untuk Watak, Nabila Huda Tak Sabar Nak Warnakan Hitam Semula - “Orang Suka Tapi Saya Dah Benci…”

ASTROGEMPAK Nabila Huda

Sekilas

  • Nabila Huda tidak gemar rambut blonde yang dipakainya untuk watak Datuk Anees dalam drama 'Cela' dan berhasrat untuk kembali ke warna rambut hitam selepas penggambaran selesai.
  • Penampilan rambut blonde itu direka khas untuk menunjukkan karakter Datuk Anees yang berusia tetapi masih kelihatan muda dan vogue.
  • Drama 'Cela' yang menampilkan Nabila bersama Zain Saidin, Hun Haqeem dan Zarif Ghazzi akan mula ditayangkan pada 20 Ogos depan di platform Viu.
Advertisement

Pelakon Nabila Huda mengakui dia tidak gemar melihat rambutnya berwarna ‘blonde’ meskipun ada peminat yang menyukai penampilan terkininya itu. 

 

Advertisement

Menurut Nabila atau mesra disapa sebagai Abil, dia berasa tidak sabar untuk mewarnakan semula rambutnya menjadi hitam sebaik sahaja selesai penggambaraan drama ‘Cela’.  

 

“Orang suka dengan penampilan ini, tapi saya dah tak suka… saya dah benci. Saya tengok muka dekat cermin macam ‘eh aku benci tengok rambut aku, nak cepat warnakan balik rambut hitam’.

Advertisement

 

“Saya tak suka sebab rasa pelik. Saya dah tak sabar nak warna rambut balik. Mungkin orang dah lama tak tengok rambut saya warna macam ini. 

 

“Jadi dia akan rasa macam satu perubahan yang besar kan. Tapi sayang, saya tak boleh nak pakai rambut ini untuk mana-mana sebab memang one and only,” katanya kepada Gempak. 

 

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Viu Originals berjudul Cela di DSH Villa, di Hulu Langat pada Rabu. 

 

Dalam pada itu, Nabila memberitahu penampilannya itu dicipta khas untuk karakternya sebagai Datuk Anees dalam drama ‘Cela’ yang bakal ditayangkan Ogos depan. 

 

“Untuk karakter Datuk Anees ini saya nak kelainan. Sebab sebelum ini banyak karakter saya berambut hitam. Saya nak nampak lain tapi nak dia nampak subtle, tak terlalu oustanding sangat. 

 

“Saya tak nak nampak dia terlalu ‘Datuk’ kan. Tapi saya nak main peranan dengan rambut. Jadi, saya bayangkan dia sudah berusia, rambut banyak uban dan dia warnakan rambut jadi blonde. 

 

“Dan dia nampak vogue, masih nampak muda walaupun sudah berusia tapi tak terlalu tua. Saya memang rancang penampilan Datuk Anees ini sendiri tapi dengan persetujuan daripada pengarah dan juga penerbit,” ujarnya. 

 

Nabila Huda antara pelakon yang terbabit dalam Cela, drama yang akan mula ditayangkan pada 20 Ogos depan. 

 

Drama arahan Feroz Kader dan terbitan Global Film Station Sdn Bhd turut dibintangi oleh Zain Saidin, Hun Haqeem dan Zarif Ghazzi. 

Anda mungkin berminat dengan

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Must Watch Video

Advertisement