Skip to main content

Hiburan

Rehat Dari Media Sosial Sebab Buat Persiapan Ke Hollywood? Ini Respon Meerqeen - “Saya Nak Bagi Kejutan…”

Meerqeen

Pelakon, Meerqeen menafikan dakwaan dia kini sedang melakukan persiapan untuk berlakon di  Hollywood.

 

Menurut Meerqeen, khabar angin itu tercetus selepas perbualannya bersama rakan baik, Fazziq disalah tafsir oleh netizen. 

 

“Mana ada saya nak pergi Hollywood, siapa cakap? Yang call saya itu Fazziq dan itu gurauan dengan kawan-kawan.

 

“Tapi kalau ada rezeki sudah pasti saya akan pergi. Itu impian semua pelakon, kalau ada inshaAllah. Untuk masa sekarang itu hanyalah gurauan,” katanya kepada Gempak.

 

Bagaimanapun, Meerqeen mengakui dia kini sedang membuat persiapan rapi untuk sebuah projek filem baharu namun bukan untuk produksi Hollywood seperti yang dipertkatakan. 

 

Dalam pada itu, pelakon berusia 23 tahun itu turut menjelaskan sebab dia memilih untuk tidak terlalu berkongsi di media sosial mengenai persiapan untuk filem lakonannya akan datang. 

 

“Untuk persiapan filem seterusnya, banyak yang saya tengah prep sekarang tapi bukan Hollywood. Saya diam dan tak berkongsi di media sosial bukan saya mahu menjauhkan diri atau apa.

 

"Cuma saya nak orang nampak perubahan diri saya sewaktu memainkan watak untuk projek seterusnya sahaja. Saya nak bagi kejutan untuk peminat saya,” tambahnya.
 


Sementara itu, Meerqeen juga tampil dengan filem terbaharu berjudul Klepet lakonan bersama Aedy Ashraf dan Nadhir Nasar. 



Filem aksi komedi yang diarahkan oleh Indra Putra, atau lebih dikenali sebagai Sanji ini turut menampilkan Aeril Zafrel, Joey Daud, Eric Fuzi dan pelakon dari Ukraine, Darina Porhun.

 

Terdahulu, Meerqeen berkongsi ingin berehat daripada media sosial dan segala hantaran akan dikendalikan oleh pihak pengurusannya. 

 

Bagaimanapun, ramai yang membuat spekulasi aktor muda itu mendapat tawaran di Hollywood selepas dihubungi oleh rakan industri, Fazziq Muqris yang menanyakan sebab dia memilih untuk berehat daripada media sosial.

Must-Watch Video

Advertisement