Skip to main content

Hiburan

“Rezeki Ini Bukan Hanya Untuk Saya” – Meski Sibuk Persiapkan Diri Sebagai Puteri Gunung Ledang, Aisha Retno Tetap Terima ‘Job’

Menurut Aisha, dia tidak mahu menolak rezeki yang datang memandangkan setiap tawaran bukan sahaja menjadi sumber pendapatan buat dirinya, malah turut memberi manfaat kepada pasukan yang selama ini bekerja bersamanya.

Sekilas

  • Aisha Retno tetap menerima tawaran kerja walaupun sibuk dengan persiapan pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical demi menjaga rezeki untuk dirinya dan pasukannya.
  • Komitmen latihan intensif bermula selepas Anugerah Juara Lagu, termasuk lawatan ke Solo, Indonesia untuk mendalami watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah.
  • Kunjungan ke Solo memberi pengalaman bermakna kerana ia adalah tempat kelahiran ibu Aisha, sekaligus memperkukuh pemahaman budaya dan adat Jawa yang perlu dipelajari.
Advertisement

Dalam kesibukan mempersiapkan diri untuk menjayakan pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi Aisha Retno mengakui tetap menerima tawaran kerja yang hadir. 

Menurut Aisha, dia tidak mahu menolak rezeki yang datang memandangkan setiap tawaran bukan sahaja menjadi sumber pendapatan buat dirinya, malah turut memberi manfaat kepada pasukan yang selama ini bekerja bersamanya.

“Di mana ada peluang, di situ kami ambil, tapi berpada-pada. Tidaklah kami menolak secara bulat-bulat, kalau ada rezeki kita tetap ambil.

“Kerana itu adalah pendapatan saya dan juga team saya. Jadi rezeki yang saya dapat ini bukan hanya untuk saya, namun untuk team yang saya dah ada untuk setahun dua ini. Jadi untuk menjaga mereka perlu daripada kerja-kerja yang saya terima,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Aisha berkata komitmen terhadap PGL sudah bermula sebaik sahaja selesai Anugerah Juara Lagu (AJL), apabila dia terus menjalani latihan intensif bagi menghidupkan watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah.

Advertisement

Jelasnya, tempoh Ogos hingga Oktober dipenuhi dengan latihan, termasuk kunjungan ke Solo, Indonesia bagi mendalami lagi karakter yang bakal dibawakan.

“Habis sahaja AJL memang saya sudah mulakan babak untuk latihan PGL, jadi Ogos sampai Oktober sibuk dengan latihan. Kami juga ada pergi ke Solo untuk mendalami lebih lagi mengenai watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah,” ujarnya.

Lebih bermakna, kunjungan ke Solo turut memberikan pengalaman istimewa buat Aisha apabila Surakarta merupakan tempat kelahiran ibunya.

Pelantun lagu Jeda itu, menyifatkan perjalanan berkenaan sebagai pengalaman ‘sirih pulang ke gagang’, meskipun pada masa sama menyedari masih banyak perkara perlu dipelajari mengenai budaya dan adat Jawa.

“Sebenarnya Surakarta itu adalah tempat lahir ibu saya, jadi ia bagi sirih pulang ke gagang. Sangat gembira dapat pergi ke sana.

“Walaupun saya mempunyai darah Jawa tapi banyak yang saya kena belajar, terutamanya dari segi tarian, tata tertib menjadi seorang Gusti Puteri, macam mana nak jadi satu karakter yang bukan kebiasaan saya.

“Rasa macam balik kampung tapi banyak lagi mengenai kampung itu yang saya kena belajar, tapi ia sangat menyeronokkan,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement