Skip to main content

Hiburan

Rezeki Mencurah-Curah! Jadual Hussain Dah Penuh Sampai…

Rezeki Mencurah-Curah! Jadual Hussain Dah Penuh Sampai…

Sekilas

  • Penyanyi Hussain bersyukur kerana jadual kerjanya penuh dengan pelbagai tawaran sehingga penghujung tahun.
  • Rezeki yang diterima hasil sokongan ibu bapa dan peminat selepas menyertai Talk To My Manager 2 dan Big Stage Rocketfuel.
  • Walaupun sibuk, Hussain mengambil masa rehat sebagai peluang untuk kumpul tenaga sebelum terus menghiburkan peminat.
Advertisement

Penyanyi Hussain meluahkan rasa syukur apabila jadual kerjanya kini dipenuhi dengan pelbagai tawaran sehingga penghujung tahun.

Menurut Hussain, rezeki yang diterimanya itu hadir hasil sokongan ibu bapa serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap perjalanan seninya selepas menyertai Talk To My Manager 2 dan Big Stage Rocketfuel.

“Boleh cakap sampai hujung tahun, alhamdulillah berkat rezeki daripada ibu bapa saya dan juga supporters. Alhamdulillah sampai hujung tahun jadual dah penuh.

“Ada lah sikit, cuti-cuti sikit tu kan. Tapi kalau boleh saya nak cuti yang cuti kita boleh keluar ke luar negaralah, tapi tak boleh sebab takut tiba-tiba ada... ada job kan. Ah, so ada cuti-cuti ayam macam tu lah,” katanya kepada Gempak.

Meskipun mempunyai jadual yang padat, Hussain tetap menganggap masa rehat yang ada sebagai satu peluang untuk mengumpul tenaga sebelum kembali memenuhi tuntutan kerjaya.

“Rehat tu cukup  je, cuma beza dia masa saya dekat Big Stage dan Talk To My Manager tu selama 18 minggu itu adalah pertandingan. Sekarang saya hanya kena make sure yang saya dapat menghiburkan orang.

“Tapi masa saya di dalam pertandingan saya tak rasa itu satu pertandingan ia lebih kepada nak belajar dan improve skill. Kita berada dalam TV ni kita nak jual diri je sebenarnya. Nak bagi orang nampak yang kita ni boleh menyanyikan,” ujarnya.

Advertisement

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement